• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y15 2020 miliki storan dan bateri mega pada harga mini

  • OLEH Najib
  • 11:23 am
  • 24/12/2019
  • Komen
Vivo Y15 2020 miliki storan dan bateri mega pada harga mini
Share on FacebookShare on Twitter

Jika telefon murah dengan storan besar dan bateri mega yang anda cari buat hadiah hujung tahun, maka telefon yang baru Vivo Malaysia perkenal ini cukup bagus. Vivo Malaysia mengumumkan telefon pintar Vivo Y15 2020 telah mula dijual di Malaysia dengan harga hanya RM599.

Kuasa penggerak di dalamnya menggunakan cip Mediatek MT6762 dan digandingkan bersama RAM 4GB serta storan 64GB. Selain itu, ia juga dibekalkan bateri 5,000mAh yang dicas melalui port mikroUSB. Ini spesifikasi yang baik untuk harga di bawah RM600.



Telefon ini dipasang skrin HD berukuran 6.35-inci dengan takuk kecil di atasnya. Di dalam takuk ini, tersimpan kamera hadapan 16MP F2.0. Di belakang pula, ia memiliki tiga kamera gabungan kamera utama 13MP F2.2, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera potret 2MP F2.4.

Kemasan belakang Y15 2020 kelihatan sangat menarik apabila menggunakan konsep warna gradien bergaris. Terdapat dua pilihan warna disediakan iaitu Phantom Black dan Burgundy Red. Pengimbas capjari juga terdapat di belakang telefon.



Telefon Y15 2020 kini boleh dibeli di Stor Online Vivo serta dari pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia. Jika anda mahu kuasa pengecasan pantas dengan kamera yang lebih baik, hanya tambah RM100 untuk dapatkan Vivo Y17 yang berharga RM699 dengan storan 64GB dan RM799 untuk storan 128GB.

Tags: Vivo Y15 2020
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Y15 2020 miliki storan dan bateri mega pada harga mini

Vivo Y15 2020 miliki storan dan bateri mega pada harga mini

24 December 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN