Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Rusia Sedang Bangunkan Internet Versi Sendiri Untuk Rakyatnya

Rusia dilaporkan sedang melakukan proses Balkanisasi perkhidmatan Internetnya. Ia merujuk pada mengasingkan servis Internet negara itu daripada rangkaian global atas sebab-sebab keselamatan.

Internet global teridir daripada siratan kabel dasar laut

Diberi nama Runet, trafik Internet versi Rusia akan dipantau sepenuhnya oleh pihak kerajaan dan lebih menarik, bukan saja pemantauan, malah mereka turut boleh menyekat trafik ke mana-mana bahagian Runet yang mereka kehendakan.

Hal ini serupa dengan apa yang dilakukan oleh negara seperti Iran dan China, tapi lebih hardcore.

Firewall negara China memang ketat tapi masih boleh di-bypass menggunakan VPN

Di China, pelancong yang masuki negara itu maih boleh mengakses kandungan luar dengan menggunakan VPN sebagai kaedah untuk bypass. Tapi di Runet, ia mustahil dilakukan kerana Runet tidak berkongsi infrastruktur dengan Internet konvesional.

Pemerhati luar yang memberi komen tentang perkara ini melahirkan rasa khuatir yang hak kebebasan bersuara akan dihadkan apabila Runet dikuatkuasakan sepenuhnya kelak. Tapi mereka tidak menolak yang manfaat daripada sistem ini boleh dinikmati entiti domestik seperti yang boleh anda lihat di China.

Sumber: BBC, gambar pemuka

BACA  ROG Phone 3 di Malaysia lebih mahal dari model sebelumnya