Khabarnya Huawei P40 Pro ada 5 Kamera Belakang Tapi Rekaannya Biasa-Biasa Saja

Tahun 2020 mengangkat tirainya tak lama lagi dan khabar angin tentang barisan telefon flagship yang akan dilancarkan dalam tahun tersebut sudahpun mula bertiup. Salah satu daripadanya adalah perihal Huawei P40 Pro. Imej promosi yang dibocorkan di Internet menunjukkan kehadiran 5 buah kamera belakang untuk Huawei P40 Pro.

Huawei P30 Pro ada kuadkamera belakang

Tidaklah diketahui secara terperinci konfigurasi setiap satu daripadanya. Tapi kita boleh mengagak yang ia tentunya ditambah baik daripada P30 Pro dan Mate 30. Spekulasi menyatakan yang ia akan gunakan sensor 64MP sebagai kamera utama, sensor 20MP pada bahagian ultralebar, kamera makro, kamera DoF dan kamera zum optikal yang boleh menjangkau jarak 10x berbanding kamera utama.

Daripada gambar tersebut, kita juga boleh lihat gaya penyusunan kamera-kamera itu dan saya boleh katakan ini adalah rekaan tema untuk tahun 2020 sebab flagship Samsung Galaxy yang akan datang ini juga seperti akan menggunakan modul segi empat tempat yang diletakkan di penjuru kiri telefon seperti ini.

Galaxy S11 digosipkan ada susunan kamera dipenjuru kiri

Selain kamera, ada juga maklumat tentang saiz P40 Pro ini. Ia dikatakan hadir dengan paparan tanpa takuk sebesar antara 6.5″ dan 6.7″ berdasarkan gambar panel pelindung skrin yang ada di Internet.

Gambar screen protector Huawei P40 Pro

Jika mengikut kalendar Huawei, keluarga P yang terakhir dilancarkan adalah pada penghujung bulan Mac 2019 dan kemas kininya berkemungkinan besar akan diumumkan sekitar tarikh yang sama. Sama ada ia akan hadir dengan Google APP terpasang, tidak pula diketahui. Setakat ini, jawapannya adalah tidak.

Sumber: GSMArena

BACA  Hands-on: Galaxy Note 10 Lite, Banyak Yang Dikorbankan Untuk Jadikannya Termurah Dalam Keluarganya