Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

China Bakal Hapus Kebergantungan Pada GPS Selepas BeiDou Disempurnakan

China mengumumkan yang sistem satelit nagivasi hasil tangan mereka akan sempurna sebelum tahun 2020 menjelma. Ia berikutan dua buah satelit terakhir akan menyertai gugusan satelit geolokasi BeiDou tak lama lagi.

Logo BeiDou

Ia menjadikan China tak lagi bergantung pada sistem navigasi pihak luar terumanya GPS dari Amerika Syarikat.

Gugusan satelit BeiDou mengandungi 35 ahli semuanya. Ia bakal beri manfaat pada semua sektor, daripada pertanian hinggalah ketenteraan.

Untuk pengguna biasa seperti saya dan anda, kita takkan nampak kesannya secara terus, malah kita tak perlu lakukan apa-apa pun. Contohnya, hampir semua telefon pintar moden masa ini boleh menggunkan satelit BeiDou untuk tujuan geolokasi.

Isyarat satelit geolokasi digunakan untuk navigasi pada telefon

BeiDou dijangka akan merancakkan pertumbuhan IoT dalam era 5G kelak. Salah satu ciri utama BeiDou adalah ia dikatakan memiliki ketepatan dalam julat sentimeter. Digandingkan dengan kereta swapandu yang diperkasa 5G kelak, ia pasti jadikan industri pengangkutan jenis ini lebih selamat.

Satelit navigasi BeiDou menerima ahli pertamanya dalam tahun 2000. Setakat ini, China sudahpun melancarkan lebih 50 buah satelit BeiDou dan ada antaranya tak lagi digunakan apabila versi yang lebih canggih dihantar ke langit.

Kali terakhir China melancarkan satelit jenis ini adalah pada 16 Disember 2019 yang lalu.

Sumber: Nikkei, Gambar Pemuka

BACA  PROMO: Diskaun sehingga RM250 dalam Jualan Mega Oppo 9.9