Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

3 Daripada 4 Pelan Netflix Naik Harga Bermula 9 Januari 2020

Penyedia servis penstriman video terkenal, Netflix, telah mengumumkan kenaikan harga tiga daripada empat pakej langganan yang ditawarkan. Penyelarasan harga itu akan bermula 9 Januari 2020 ini. Salah satu sebab tindakan ini adalah sebagai gerak balas terhadap penguatkuasaan cukai digital oleh kerajaan Malaysia.

Netflix tawarkan langganan dalam 4 pelan semuanya

Berikut adalah senarai harga baru pelan-pelan Netflix:

  • Netflix Mobile – RM17 (tidak berubah)
  • Netflix Basic – RM33 RM35
  • Netflix Standard – RM42 RM45
  • Netflix Premium – RM51 RM55

Selain untuk memenuhi kehendak pencukaian, Netflix turut memaklumkan yang penyelarasan ini boleh memacu pertumbuhan servis itu daripada segi kuantiti dan kualiti kandungan yang mereka tawarkan.

Bukan sahaja di Malaysia, pasaran Singapura juga menyaksikan penyelarasan yang serupa. Contohnya, Netflix Premium di sana beharga SGD 16.98 asalnya akan dinaikkan kepada SGD 19.98.

Netflix akan mula menghantar notis pemberitahuan ini sekurang-kurangnya sebulan sebelum kitaran bil baru pelanggan mereka, untuk pelanggan yang sedia ada. Untuk pengguna yang baru ingin menyertai selepas 9 Januari 2020, harga baru akan terus dikenakan terhadap mereka.

BACA  5,000 CCTV akan dipasang untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar lebih selamat