Polis Akan Tembak Dron Liar Yang Terbang Semasa Sambutan Ambang Tahun Baru

Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan peringatan kepada orang awam berkenaan sambutan Ambang 2020 kali ini. Peringatan ini khususnya ditujukan pada mereka yang ingin terbangkan dron untuk tujuan merakamkan detik bersejarah itu tanpa permit yang sah. Pihak mereka akan menjatuhkan mana-mana dron yang tidak diberi kuasa untuk terbang pada malam sambutan tahun baru.

Sumber

Salah satu sebab tidak dibenarkan dron untuk terbang adalah untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini ke atas pengunjung yang berada di bawah akibat perlanggaran dron di udara. Oleh sebab itu, pasukan khas pemburu dron liar akan dikerahkan untuk memastikan keselamatan acara ini.

Dataran Merdeka, tempat sambutan utama Ambang 2020 – sumber gambar

Ada beberapa lokasi sambutan Ambang 2020 akan berjalan serentak. Lokasi utama adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Jika lokasi itu terlalu jauh, anda boleh pergi ke festival LAMPU yang berjalan di Presint 3, Putrajaya. Beberapa lokasi lain yang mungkin anda boleh pertimbangkan adalah seperti Sunway Lagoon, Citta Mall, Dan Sunway Velocity.

Di Kuala Lumpur saja, seramai 1,000 anggota polis telah diletakkan dalam mode bersedia bermula 8 malam ini sehingga esoknya. Sekitar 30 jalan utama Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup untuk tujuan sambutan tahun baru. Orang awam dinasihatkan untuk memanfaatkan pengangkutan awam untuk elak kesesakkan.

BACA  Kerani Bank di Kuantan suspek terbaru wabak berita palsu Koronavirus