• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:54 pm
  • 02/01/2020
  • Komen
Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan dari Laporan Siasatan Awam mengenai peruntukan jalur spektrum bagi pelaksanaan 5G di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini telah menerbitkan Laporan Akhir. Laporan ini membentangkan pendekatan inovatif dan berpandangan ke hadapan oleh SKMM bagi menyediakan asas peralihan ke 5G.

Sebanyak 15 syarikat dan individu yang membuat penghujahan bertulis kepada SKMM selepas Laporan Siasatan Awam ditutup pada 29 September tahun lepas, iaitu:



  1. Altel Communication Sdn Bhd
  2. Asiaspace Broadband Sdn Bhd
  3. Celcom Axiata Berhad
  4. Digi Telecommunications Sdn Bhd
  5. Fujitsu Telecommunications Asia Sdn Bhd
  6. GSM Association (GSMA)
  7. Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd
  8. Penghujahan bersama oleh Telekom Malaysia Berhad dan Webe Digital Sdn Bhd
  9. Maxis Berhad
  10. Mr. Lee Soon Huat
  11. PNMB Payfo Sdn Bhd
  12. REDtone Engineering dan Network Services Sdn Bhd
  13. Sacofa Sdn Bhd
  14. U Mobile Sdn Bhd
  15. YTL Communications Sdn Bhd

Hasil penghujahan bertulis ini, SKMM telah menemui titik akhir untuk peruntukan jalur spektrum bagi perkhidmatan mudah alih di Malaysia. SKMM telah mengenalpasti empat jalur spektrum sebagai jalur spektrum perintis 5G iaitu 700MHz, 3,500MHz (3.5GHz), 26,000MHz (26GHz) dan 28,000GHz (28GHz). Untuk ini, SKMM mengambil dua jenis pendekatan untuk memperuntukkan spektrum ini.

Spektrum 700MHz dan 3.5Ghz

Dua spektrum ini, 700MHz dan 3.5GHz tidak akan diberikan kepada pemegang lesen individu tertentu. Sebaliknya ia akan diperuntukkan kepada satu entiti yang terdiri dari konsortium yang dibentuk dari beberapa pemegang lesen. Langkah ini diambil untuk mengurangkan perbelanjaan modal (CAPEX) dengan kos minima serta mengelakkan pertindihan infrastruktur, sambil penambahbaikan rangkaian 4G masih diteruskan.



Untuk awal ini, SKMM hanya akan memperuntukkan 2x30MHz bagi jalur spektrum 700MHz dan 100Hz bagi jalur spektrum 3.5Ghz. Frekuensi yang selebihnya akan diumumkan pada peringkat seterusnya.

Spektrum 26GHz dan 28GHz

Dua lagi jalur spektrum yang lebih tinggi, 26GHz dan 28GHz akan diperuntukkan dalam dua cara. Bagi frekuensi dari 24.9GHz hingga 26.5GHz, ia akan diperuntukkan melalui proses tender kepada pemegang lesen untuk penggunaan seluruh negara, seperti yang dilakukan untuk spektrum 4G sebelum ini.

Manakala frekuensi 26.5GHz hingga 28.1Ghz, ia akan diperuntukkan secara “first-come-first-serve” dan dibuka kepada mana-mana pihak, termasuk bukan pemegang lesen untuk penggunaan kawasan setempat dan/atau rangkaian persendirian.

Sebanyak 3,200MHz akan diperuntukkan untuk dua spektrum ini. Empat blok jalur spektrum 400Mhz (berjumlah 1,600MHz) bagi frekuensi dari 24.9GHz hingga 26.5GHz, dan empat lagi blok jalur spektrum 400Mhz (berjumlah 1,600MHz) pula untuk frekuensi dari 26.5GHz hingga 28.1Ghz.

Peruntukan jalur–jalur spektrum yang disebut di atas adalah dibuat melalui penguntukan radas (Apparatus Assignment). Dijangkakan, bayaran spektrum yang dikenakan melalui cara ini lebih menjimatkan dan akan menggalakkan pelaksanaan rangkaian oleh penyedia-penyedia perkhidmatan. Dengan penjimatan ini, perniagaan dan pengguna akan mendapat manfaat dan menikmati perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.

Peruntukan Spektrum 4G dikekalkan

Buat masa ini, tiada perubahan akan dibuat untuk peruntukan semasa bagi teknologi 4G. SKMM menyatakan, peruntukan sedia ada untuk jalur 2,300MHz dan 2,600MHz akan dikekalkan sehingga Disember 2021. Semua syarikat telekomunikasi digesa untuk terus membuat penambahbaikan perkhidmatan mudah alih menggunakan teknologi sedia di samping menyediakan persiapan yang diperlukan untuk rangkaian 5G. SKMM akan mengadakan semakan semula peruntukan jalur spektrum ini pada tahun 2021.

SKMM menjangkakan penggunaan 5G secara komersial di Malaysia akan bermula pada suku ketiga tahun 2020, selepas selesainya proses peruntukan.

Laporan Akhir sepenuhnya boleh dibaca di sini. Layari juga laman web SKMM untuk maklumat lanjut mengenai laporan peruntukan jalur-jalur spektrum di Malaysia.

Tags: 5gSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia

Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia

2 January 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER