Grab Bike Mulakan Operasi Sekitar KLCC Pada Harga Serendah RM3.70

Selepas Dego Ride memulakan operasi beberapa hari yang lalu, kita ada pemain kedua yang menyertai gelanggang dan kali ini ialah Grab Bike. Jika anda buka APP Grab dan mulakan proses untuk menempah pengangkutan, anda akan dapati yang pilihan Grab Bike ada jika lokasi anda adalah sekitar KLCC.

Kadar yang dikenakan adalah bermula RM3.70 untuk 2.99km pertama dengan caj perkhidmatan 30 sen dikenakan keatas jumlah caj anda. Kemudian, untuk KM yang ke-3 hingga 5.5, anda dikenakan caj 55 sen untuk setiap KM kemudian RM1/km untuk jarak 5.5KM dan keatas.

Pengguna wanita usah risau kerana pilihan untuk pemandu perempuan juga ada untuk pastikan anda beroleh Grab yang sama jantina.

Ada beberapa yang anda perlu tahu. Yang pertama adalah helmet ada disediakan oleh pihak Grab dan pihak mereka menyarankan anda menaiki servis kereta apabila keadaan hujan.

Sebanyak RM2 akan dikenakan jika anda membatalkan tempahan selepas 5 minit ataupun sekiranya pemandu menunggu anda lebih daripada 2 minit di tempat pick-up.

BACA  Twitter Dedah Cubaan Godam Pengkalan Data Dan Ada Antaranya Berasal Daripada Malaysia