Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Vivo ada tiga idea untuk memuatkan empat kamera hadapan di telefon pintar

Adakah anda suka dengan banyaknya kamera di telefon pintar? Jika ya, maka berita ini pasti membuat anda lebih gembira. Baru-baru ini Vivo ditemui telah menerima kelulusan berkenaan sebuah paten mereka tentang rekaan telefon pintar dengan empat lubang di skrin.

Paten ini telah diluluskan pada 27 Disember 2019 di mana ia telah difailkan pada bulan Julai tahun lepas. Bukan satu, tetapi terdapat tiga rekaan di dalam paten yang dihantar Vivo itu.

Rekaan pertama memperlihatkan empat lubang terdapat di setiap sudut skrin. Satu di atas kiri, satu di atas kanan, satu di bawah kiri dan satu di bawah kanan. Kelihatan kurang praktikal untuk digunakan.

Rekaan kedua dan ketiga pula agak sama, meletakkan dua kamera di atas kiri dan dua lagi di atas kanan skrin. Rekaan kedua memiliki lubang lebih besar dengan bingkai hitam manakala rekaan ketiga tiada bingkai, menjadikan lubang lebih kecil.

Dalam paten ini juga, Vivo turut menunjukkan bahagian belakang telefon di mana ia menunjukkan empat kamera yang disusun menegak. Rekaan empat kamera belakang ini dilihat agak serupa dengan yang terdapat di Vivo V15 dan V15 Pro.

Bagaimanapun, pendaftaran paten bukan bermaksud ia pasti akan dihasilkan secara komersial. Ini mungkin cara Vivo untuk memberitahu dunia bahawa mereka turut memiliki inovasi tersendiri dalam penghasilan teknologi di telefon pintar.

Rekaan yang manakah paling anda suka? Adakah kerana ia kelihatan cantik atau kerana ia lebih praktikal? Adakah ini akan menjadikan kamera hadapan sehebat kamera belakang kelak?

Sumber: Toutiao

BACA  FGV akan guna e-wallet untuk salur gaji kakitangan mereka