Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Laptop Huawei Matebook D 15 miliki pengecas USB-C dan pengimbas capjari pada harga di bawah RM2,500

Huawei hari ini mengumumkan ketibaan laptop terbaru mereka, MateBook D 15 ke Malaysia. Malaysia adalah pasaran pertama selepas China yang menerima kedatangan laptop ini. Ia akan boleh dibeli di Malaysia bermula hari Sabtu minggu depan, 18 Januari 2020.

Laptop ini memiliki skrin FullView IPS berukuran 15.6-inci dengan resolusi HD Penuh. FullView ini merujuk kepada bingkai nipis setebal hanya 5.3mm di 3 sisinya, menjadikan badannya lebih kecil dari biasa. Ia juga adalah antara laptop 15-inci terkecil dan teringan di pasaran, dengan ukuran badan 357.8×229.9×16.9mm dan berat hanya 1.62kg.

Huawei memilih untuk memasang kuasa pemproses AMD Ryzen 5 3500U sebagai sumber tenaga. Ia digandingkan bersama RAM DDR4 sebanyak 8GB dengan maksima naik taraf sehingga 16GB, serta kuasa grafik AMD Radeon Vega 8. Untuk storan, gabungan storan SSD 256GB bersama HDD 1TB dimuatkan di dalamnya.

Kuasa mengecas pula diuruskan oleh pengecas berkuasa 65W melalui port USB-C. Selain digunakan untuk mengecas, port USB-C ini juga boleh digunakan untuk menghantar data dan mengecas peranti lain. Menjimatkan pengguna untuk membawa pengecas dan kabel. Selain port USB-C, MateBook D 15 juga memiliki port USB 2.0, USB 3.0, HDMI dan jek audio 3.5mm.

Seperti model sebelumnya, MateBook D 15 mengekalkan kamera yang boleh disembunyikan di papan kekunci. Bagi menambah fungsi keselamatan, ia juga dibina bersama pengimbas capjari di kekunci kuasa.

Model terbaru ini turut menyokong teknologi Huawei One Tap Share. Ia membolehkan telefon pintar yang menyokong teknologi sama menghantar fail antara satu sama lain dengan pantas dan mudah. Malah, ia turut menyokong perkongsian paparan. Jadi navigasi di telefon pintar boleh dilakukan juga dari skrin laptop.

BACA  Huawei P40 Pro naik taraf kamera paling besar pernah diuji DxOMark

Dengan segala fungsi canggih ini, Huawei Malaysia menetapkan harga jualan MateBook D 15 pada RM2,499 sahaja. Dengan harga ini, agak sukar untuk mencari laptop lain yang turut memiliki fungsi seperti pengimbas capjari dan pengecas USB-C padanya. Ini menjadikan MateBook D 15 sebagai laptop yang amat berbaloi untuk dibeli.

Untuk maklumat lanjut mengenai laptop ini, layari laman produk Huawei MateBook D 15. Jangan lupa tarikh jualannya bermula dari 18 Januari 2020 jika anda berminat untuk memilikinya.