• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua telefon pintar Oppo turun harga bermula 2020

  • OLEH Najib
  • 12:10 pm
  • 06/01/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia memulakan berita tahun 2020 dengan mengumumkan penurunan harga untuk dua model telefon pintar mereka, Oppo A5 2020 3GB dan Oppo Reno 2F. Kedua-dua telefon ini dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019 dengan harga RM699 untuk A5 2020 3GB dan RM1,599 bagi Reno 2F.

Bermula dari 6 Januari 2020, A5 2020 3GB akan diturunkan harga RM100 menjadi RM599 manakala Reno 2F pula dikurangkan RM200 menjadi RM1,399 di Malaysia. Harga baru ini boleh didapati di semua Stor Konsep Oppo, pengedar sah Oppo seluruh Malaysia dan Stor Online Oppo. Ia turut boleh didapati di platform e-dagang Lazada dan Shopee, serta dari rakan telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U-Mobile.



Oppo A5 2020

Oppo A5 2020 memiliki kuasa pemproses Snapdragon 665 di dalamnya. Bersama RAM 3GB, telefon ini dibekalkan storan dalaman 64GB. Baterinya berkapasiti 5,000mAh tetapi tiada pengecasan pantas. Skrinnya berukuran 6.5-inci bertakuk kecil, dengan resolusi HD 720p.

Empat kamera di belakangnya ialah kamera utama 12MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.25 dan 2 kamera potret 2MP. Kamera hadapan di dalam takuk pula menggunakan sensor 8MP F2.0.



Tarikan menarik pada telefon ini ialah terdapatnya pembesar suara stereo sebenar yang dikuasakan teknologi Dolby Atmos. Ia juga memiliki tiga slot kad yang boleh memuatkan dua kad sim nano dan kad mikroSD serentak.

Oppo A5 2020 turut ditawarkan dengan RAM 4GB dan storan 128GB pada harga RM799.

Oppo Reno 2F

Siri Reno2 dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober tahun lepas, dengan dua model diperkenalkan iaitu Reno2 dan Reno2 F. Reno2 F ialah model lebih rendah dengan kuasa pemproses Mediatek Helio P70, dipadankan bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Baterinya sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0.

Ia memiliki skrin AMOLED berukuran 6.5-inci, tanpa takuk dan lubang kerana menggunakan modul pop up petak untuk kamera 16MP di hadapan. Di belakang pula, terdapat empat kamera iaitu kamera utama 48MP F1.79, kamera bersudut lebar 8MP F2.2, kamera mono 2MP dan kamera potret 2MP.

Tags: oppoOppo A5 2020Oppo Reno2 F
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025

Dua telefon pintar Oppo turun harga bermula 2020

6 January 2020
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER