• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua model Oppo Reno2 tiba dengan kuasa 4 kamera, bateri 4000mAh dan VOOC 3.0

  • OLEH Najib
  • 6:54 pm
  • 15/10/2019
  • Komen
Dua model Oppo Reno2 tiba dengan kuasa 4 kamera, bateri 4000mAh dan VOOC 3.0
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini memperkenalkan dua model telefon pintar baru dari siri Reno dengan empat kamera belakang, Oppo Reno2 dan Reno2 F. Ia mengekalkan paparan penuh tanpa takuk dan lubang, serta modul kamera hadapan boleh sembunyi.

Oppo Reno2

Masih mengekalkan rekaan unik kamera pop up sirip jerung, Oppo Reno2 juga memiliki skrin penuh tanpa takuk dan lubang. Skrin ini berukuran 6.5-inci HD Penuh+ dari jenis AMOLED, dengan pengimbas capjari terbina di dalamnya.



Kuasa pemproses Reno2 kali ini menggunakan cip Snapdragon 730G, bersama RAM sebanyak 8GB dan storan dalaman 256GB. Tenaganya dijana dari bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0.

Kamera belakang di Reno2 merupakan gandingan 4 jenis kamera berbeza iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera telefoto 8MP F2.4, kamera ultra lebar 13MP F2.2 dan kamera bokeh 2MP F2.4.



Kamera ini berkeupayaan mengezum secara hibrid 5x tanpa menjejaskan kualiti, dan mengezum digital sehingga 20x. Kamera hadapan yang terletak di dalam modul boleh simpan sirip jerung pula ialah kamera 16MP F2.0.

Oppo Reno2 F

Model berkuasa lebih rendah ini ialah Reno2 F. Skrinnya masih sama, bersaiz penuh tanpa takuk dan lubang kerana menggunakan modul pop up petak untuk kamera hadapan. Skrin ini berukuran 6.5-inci HD Penuh+ dari jenis AMOLED serta memiliki pengimbas capjari terbina di dalamnya.

Reno2 F diperkasa pemproses Mediatek Helio P70, dipadankan bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Baterinya juga sebesar 4,000mAh, juga menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0.

Gandingan 4 kamera belakangnya ialah kamera utama 48MP F1.79, kamera bersudut lebar 8MP F2.2, kamera mono 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan dalam modul pop up pula ialah kamera 16MP F2.0.

Tarikh & Harga Jualan

Oppo Malaysia akan mengadakan tempahan awal untuk Reno2 dan Reno2 F sehingga 25 Oktober 2019, di semua Kedai Konsep Oppo, pengedar sah Oppo dan di Stor Online Oppo. Ia juga boleh ditempah di Lazada dan Shopee, serta di Senheng, senQ dan DirectD. Tempahan awal turut menerima hadiah percuma berupa jaminan perlindungan skrin dan beg eksklusif Oppo bernilai RM318.

Oppo Reno2 akan dijual pada harga RM2,299 manakala Reno2 F pula RM1,599. Reno2 boleh didapati dalam warna Hitam dan Merah Jambu. Reno2 F pula disediakan dalam warna Putih dan Hijau.

Tags: oppooppo reno2Oppo Reno2 F
Najib

Najib

POPULAR

Dua model Oppo Reno2 tiba dengan kuasa 4 kamera, bateri 4000mAh dan VOOC 3.0

Dua model Oppo Reno2 tiba dengan kuasa 4 kamera, bateri 4000mAh dan VOOC 3.0

15 October 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN