Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung sahkan 11 Februari untuk acara Unpacked, dijangka perkenal dua telefon pintar

Samsung akhirnya mengesahkan akan mengadakan acara Unpacked pertama bagi tahun 2020, di mana ia akan melancarkan beberapa produk baru. Acara Unpacked ini akan diadakan pada 11 Februari 2020, di San Francisco, Amerika Syarikat. Lokasi yang sama dengan acara Unpacked pertama tahun lepas.

Acara Unpacked pertama di awal tahun biasanya memperkenalkan siri Galaxy S terbaru dan tahun lepas, ia juga menjadi pentas pertama Galaxy Fold diperkenalkan. Di acara ini, dijangka Samsung akan melancarkan dua telefon pintar baru, siri Galaxy S20 dan Galaxy Fold 2.

Samsung Galaxy S20

Walaupun masih tiada sebarang petunjuk dikeluarkan, Samsung dijangka akan melangkau siri Galaxy S dari S10 kepada S20 bersempena ketibaan tahun baru 2020. Dalam khabar angin yang kuat diperkatakan juga, terdapat tiga model akan dilancarkan bagi siri Galaxy S20 iaitu Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra. Tiada lagi model ‘e’ untuk siri Galaxy S20.

Dari gambaran yang dikongsikan oleh @Onleaks, siri Galaxy S20 akan menampilkan modul kamera belakang empat segi yang sangat besar yang tidak lagi kelihatan pengimbas denyutan nadi padanya. Di hadapan, ia akan memiliki lubang kecil di tengah atas skrin bagi menempatkan kamera hadapan seperti siri Galaxy Note 10.

Samsung Galaxy Fold 2

Telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama dari Samsung dipertontonkan di khalayak ramai semasa pelancaran Galaxy S10 tahun lepas. Tahun ini dijangka perkara yang sama akan dilakukan bagi memperkenalkan Galaxy Fold 2.

Menurut khabar angin yang bertiup kencang di alam maya, Samsung tidak lagi menggunakan konsep telefon dan tablet, sebaliknya lebih menyerupai Motorola Razr yang baru menggunakan konsep telefon pintar boleh lipat.

BACA  Samsung Galaxy M51: Maklumat penjualannya di Malaysia

Galaxy Fold 2 akan memiliki skrin kecil di luar serta skrin penuh apabila telefon dibuka. Dikatakan, ia akan menggunakan skrin kaca boleh lentur ultra nipis yang menyelesaikan masalah kesan lipatan di skrin.

Acara Unpacked ini akan diadakan pada 11 Feburari 2019 pukul 11 pagi waktu San Francisco, bersamaan 12 Februari 2019 pukul 3 pagi waktu Malaysia. Majlis pelancaran ini boleh ditonton secara lansung menerusi laman web Samsung serta saluran YouTube mereka.

Seperti biasa, Malaysia akan menjadi pasaran terawal menerima model terbaru Samsung sejurus ia dilancarkan di pentas antarabangsa. Boleh dijangkakan, tempahan awal akan dibuka pada minggu yang sama dengan pelancarannya, serta pengumuman awal akan dibuat sejurus pelancaran selesai. Tahun lepas, Galaxy S10 dilancarkan pada 20 Februari dengan tempahan awal Malaysia dibuka dari 22 hingga 28 Februari 2019. Seterusnya pembeli awal ini menerima Galaxy S10 mereka bermula 8 Mac 2019.

Sumber: Samsung