Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

EOS-1D X Mark III, DSLR Terhebat Canon Setakat Ini

Spesis DSLR boleh dikatakan terancam dalam dunia kamera sedang pesaingnya, kamera mirorrless yang lebih kompak dan kecil serta berprestasi hampir menyainginya semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengguna kebanyakkan. Tapi ia tak menghalang Canon memperbaharui penawaran DSLR dalam kategori flagship mereka dengan pengenalan Canon 1D X Mark III.

Untuk perbandingan 1D X Mark II diumumkan mereka dakam tahun 206 dan tentunya sudah tiba masa kemas kini dilakukan. Untuk spesifikasi teknikal, mereka nyata menambah baik bahagian perkakasannya.

Paling utama adalah di bahagian sensor.

Mereka telah menggantikan sensor pengimejan yang sudah berusia dengan Digic X. Walaupun masih dimuatkan 20.1MP padanya, Canon kata yang prestasi autofokus-nya telah ditambah baik dan tangkapan selanjar yang mampu dilakukannya adalah sepantas 20 fps, dalam mode mechanical shutter dan electronic shutter.

Kemampuan memproses imej dalam kadar yang sangat pantas menyebabkan Canon menyematkan 2 slot kad CF Express yang beri kemampuan menyimpan data sepantas 1.8GB sesaat. Manfaat yang diperoleh apabila menggunakan medium penyimpanan pantas adalah ia tiada buffer jika anda menembak dalam format JPEG manakala dalam format RAM, ia boleh pergi sehingga 1,000 keping sebelum tersangkut di buffer.

Untuk bersaing dengan Sony, Canon memperkenalkan teknologi autofokus baru yang memanfaatkan kecerdasan buatan (A.I). Satu ciri menarik pada 1D X Mark III adalah kehadiran butang peka sentuhan yang boleh diprogramkan untuk memindahkan titik fokus hanya dengan sentuhan.

Berikut adalah spesifikasi teknikal Canon EOS-1D X Mark III.

  • Sensor full frame 20.1MP
  • Pemproses imej Digic X
  • Tangkapan selanjar sehingga 20 fps
  • Sehingga 3869 titik fokus
  • Hayat bateri CIPA pada 2,850 syot
  • Video pada 5.5L RAW 60fps
  • 2 slot CF Express
  • GPS, Wi-Fi, RJ45
BACA  OnePlus Nord mula diambil tempahan awal di Malaysia

Canon 1DX Mark III boleh mula dijual penghujung Februari 2020 pada harga EUR 6500 (RM29,737). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.