• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Insta360 One R, Kamera Modular Yang Gabungkan Fungsi GoPro Hero 8 dan Max Dalam Satu Pakej

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:34 am
  • 08/01/2020
  • Komen
Insta360 One R, Kamera Modular Yang Gabungkan Fungsi GoPro Hero 8 dan Max Dalam Satu Pakej
Share on FacebookShare on Twitter

Insta360, kalau anda masih tak mengenalinya, terkenal dengan produk kamera bersudut pandang keliling ataupun 360 darjah. Tapi untuk tahun 2020, mereka mungkin telah hasilkan satu produk yang akan buka mata pengguna tegar GoPro. Seperti dalam tajuk, Insta360 One R adalah sebuah kamera aksi modular yang ada fungsi GoPro Hero dan GoPro Max.

Ciri kunci yang ada pada One R adalah ia terdiri daripada tiga bahagian yang bercantum iaitu lensa, bateri, dan paparan. Bahagian lensa ada dua jenis iaitu yang ada dwilensa depan belakang untuk kandungan 360 darjah ataupun ekalensa untuk rakaman 4K sehingga 60fps. Bahagian bateri juga boleh ditukar kepada bateri berkapasiti lebih luas jika anda tak kisah dengan fizikaliti yang lebih besar.



Agak mengagumkan apabila mereka masih mengekalkan ciri kekalisan air sehingga 5m walaupun anda boleh lihat ada banyak kawasan sentuhan yang terdedah akibat ciri modular yang dimilikinya.

Kalau anda nak gunakan One R untuk ber-vlog, anda perlu ketahui yang ia tak perlukan adapter khas kerana anda bebas gunakan penyuai USB-C ke 3.5mm audio pihak ketiga untuk kualiti audio yang lebih baik.



Lebih bagus, sambungan Bluetooth kamera ini boleh menerima audio daripada headfon Bluetooth seperti Apple Airpods.

Itu di bahagian spesifikasi, lebih banyak ciri menarik pada bahagian perisiannya. Salah satu daripadanya adalah menjejak subjek seperti anda gunakan gimbal DJI Osmo.

Di Amerika Syarikat sana, Insta360 One R hadir dalam tiga jenis pakej. Mereka ialah:

  • 4K wide angle edition – USD300 (RM1,231)
  • Dual-lens 360 edition – USD450 (RM1,847)
  • Twin edition – USD480 (RM1,970)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: insta360insta360 one r
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Insta360 One R, Kamera Modular Yang Gabungkan Fungsi GoPro Hero 8 dan Max Dalam Satu Pakej

Insta360 One R, Kamera Modular Yang Gabungkan Fungsi GoPro Hero 8 dan Max Dalam Satu Pakej

8 January 2020
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN