Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme X50 5G tampil dengan kejutan di skrin

Realme akhirnya melancarkan telefon pertama 5G. Majlis pelancaran ini diadakan di China, memperkenalkan model terbaru mereka, Realme X50 5G. Ia merupakan peranti kelas pertengahan, disasarkan untuk memberikan akses ke rangkaian 5G kepada lebih banyak pengguna.

Telefon ini dikuasakan pemproses terbaru Qualcomm, Snapdragon 765G yang memiliki modem 5G terbina bersamanya dan menyokong 5G SA dan NSA. Pemproses kelas pertengahan ini memberikan prestasi yang mencukupi dengan penggunaan tenaga yang sangat efisyen. Ia dipadankan dengan RAM antara 6GB, 8GB atau 12GB serta storan dalaman antara 128GB dan 256GB.

Skrin Realme X50 berukuran 6.57-inci dari jenis LCD, tetapi memiliki kadar segar semula setinggi 120Hz, setahap lebih tingi dari peranti flagship mereka, X2 Pro dengan skrin AMOLED 90Hz. Ia adalah berita baik untuk peminat games di telefon pintar. Skrin ini juga memiliki lubang bujur di sudut atas kiri skrin, menempatkan dua kamera hadapan di dalamnya. Kaca Corning Gorilla Glass 5 digunakan sebagai lapisan di atasnya.

Bagi kamera, terdapat dua kamera di hadapan dan empat kamera di belakang Realme X50. Di hadapan, ia menggunakan kamera utama 16MP F2.0 dengan sensor Sony IMX471 bersama kamera bersudut lebar 8MP F2.2. Di belakang, ia menggandingkan kamera utama 64MP F1.8 dengan sensor Samsung GW1, kamera telefoto 8MP F2.3 dengan zum optikal 2x, kamera ultra lebar 8MP F2.5 serta kamera makro 2MP F2.4.

Memberi tenaga kepada Realme X50 ialah bateri berkapasiti 4,200mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC 4.0 berkuasa 30W melalui USB-C. Ia mampu mengisi 70% kapasiti bateri dalam masa 30 minit sahaja.

Walaupun menggunakan skrin LCD, pengimbas capjari tidak kelihatan di belakang badan Realme X50. Ini kerana ia menggunakan pengimbas capjari di sisi, yang ditanam ke dalam butang kuasa.

BACA  PKPB: Rentas negeri dibenar untuk bernikah dan mengambil gambar praperkahwinan

Realme turut mengumumkan ketibaan Realme UI, yang digunakan pertama kali di Realme X50. Ia dibina berasaskan OPPO Color OS7, yang berteraskan sistem operasi Android 10. Realme UI akan digunakan di peranti Realme lain dalam kemaskini Android 10 yang akan datang.

Terdapat dua warna disediakan untuk Realme X50, hijau dan biru yang diinspirasikan dari ais dan air laut. Ia akan mula dijual di China pada 14 Januari 2020 dengan harga seperti berikut:

  • Realme X50 RAM 8GB + Storan 128GB – RMB2,499 (~RM1,476)
  • Realme X50 RAM 6GB + Storan 256GB – RMB2,699 (~RM1,594)
  • Realme X50 RAM 12GB + Storan 256GB – RMB2,999 (~RM1,771)

Realme X50 5G Master Edition

Seperti sebelumnya, Realme turut memperkenalkan edisi khas Master Edition hasil kerjasama dengan pereka industrial Jepun, Naoto Fukusawa. Kali ini, Naoto mendapatkan inspirasi dari besi dalam dua warna. Pertama berwarna kuning dengan garisan lurus manakala yang kedua berwarna hitam dengan corak bulatan.

Tiada perbezaan teknikal pada Master Edition, kecuali warnanya. Ia didatangkan dengan satu pilihan RAM dan storan, iaitu 12GB RAM dan 256GB Storan dengan harga jualan pada RMB3,099 (~RM1,830).

Sumber: GSMArena, XDA