Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ada hadiah bernilai RM1,287 untuk pembeli terawal laptop Huawei MateBook D 15

Huawei akan mula menjual laptop terbaru mereka, MateBook D 15 pada hari Sabtu ini, 18 Januari 2020. Huawei juga akan mengadakan jelajah di beberapa lokasi di seluruh negara dan menawarkan hadiah percuma bernilai RM1,287 untuk pembelian hari pertama di lokasi tersebut.

Hadiah yang disediakan untuk pembeli terawal MateBook D 15 adalah Microsoft Office 365, tetikus Bluetooth dan fon kepala Huawei Freebuds 3. Mereka yang berminat, boleh mendapatkan laptop ini bersama hadiah percuma pada 18 Januari ini di enam lokasi jelajah berikut:

  1. IOI City Mall, Putrajaya
  2. Sunway Pyramid, Petaling Jaya
  3. Queensbay Mall, Pulau Pinang
  4. Imago Mall, Kota Kinabalu
  5. Senheng Cheras Leisure Mall, Cheras
  6. Harvey Norman IPC, Bandar Utama

Selain di lokasi jelajah, orang ramai juga boleh mendapatkan hadiah percuma ini dengan membuat tempahan awal secara dalam talian. Ia boleh dibuat bermula dari 13 Januari 2020 di Stor Online Huawei.

Laptop Huawei MateBook D 15 dijual di Malaysia pada harga RM2,499. Ia dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen 5 3500U bersama RAM 8GB, storan gabungan SSD 256GB dan HDD 1TB serta grafik Radeon Vega 8. Skrinnya berukuran 15.6-inci dari jenis IPS dengan resolusi HD Penuh.

Pada harga di bawah RM2,500, MateBook D 15 memiliki ciri-ciri yang jarang ditemui pada harganya seperti pengimbas capjari di butang kuasa, kamera web yang boleh disembunyikan dan pengecas USB-C. ia jgua menyokong fungsi pelbagai paparan apabila digunakan bersama telefon pintar Huawei dan Honor yang serasi.

Laptop ini juga adalah antara laptop 15-inci terkecil dan teringan di pasaran, dengan ukuran badan 357.8mm × 229.9mm bersama ketebalan 16.9mm serta berat hanya 1.62kg. Selain port pengecas USB-C, MateBook D 15 juga memiliki port USB 2.0, USB 3.0, HDMI dan jek audio 3.5mm.

BACA  Apple cuak komisen terganggu kalau Facebook Gaming tembusi App Store?