• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar terdedah Galaxy S20+ mengesahkan beberapa perkara penting

  • OLEH Najib
  • 4:19 pm
  • 13/01/2020
  • Komen
Gambar terdedah Galaxy S20+ mengesahkan beberapa perkara penting
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah menetapkan tarikh 11 Februari untuk acara Unpacked 2020 bagi melancarkan siri Galaxy S yang terbaru. Walaupun telah banyak maklumat bocor dikongsikan di internet, ini adalah kali pertama rupa sebenarnya disebarkan.

Laman XDA-Developers telah menerima gambar dari pemberi maklumat yang tidak mahu dikenali dan ia adalah gambar sebenar telefon pintar Samsung Galaxy S20+ 5G. Ia menunjukkan dengan jelas gambar hadapan dan belakang telefon tersebut.



Di hadapan, ia menunjukkan skrin Infinity-O iaitu skrin berlubang di atas, seperti Galaxy Note 10. Menurut XDA, sisi skrin ini dirasakan kurang melengkung berbanding model sebelumnya. Lubang kamera hadapan kelihatan lebih kecil dai Galaxy Note 10. Bingkai juga nampak lebih tipis, tetapi bingkai di bawah masih lebih tebal dari sisi yang lain.

Dapat juga dilihat, butang fizikal hanya terdapat di sebelah kanan. Tiada butang di sebelah kiri, bermakna tiada butang khas untuk Bixby. Ini kerana mereka telah mengubah butang kuasa menjadi butang Bixby. Untuk mematikan atau restart telefon, ia perlu dilakukan dari menu.



Di belakang pula, dapat dilihat modul kamera empat segi tepat di bahagian atas kanan. Ia menempatkan empat kamera bersama LED Flash dan satu lubang kecil, dipercayai ialah mikrofon di belakang. Sedikit mengecewakan kerana warna hitam di belakang ini kelihatan biasa sahaja, tiada gradien atau efek khas yang luar biasa.

Seperkara lagi, gambar ini mengesahkan bahawa Samsung akan menamakan model terbaru mereka sebagai siri Galaxy S20, bukan Galaxy S11. Walaupun sebelum ini Galaxy S10+ adalah variasi tertinggi, Galaxy S20+ dikatakan akan menjadi model pertengahan. Model terbaik mereka akan dipanggil sebagai Galaxy S20 Ultra. Galaxy S20+ khabarnya masih menggunakan kamera utama 12MP tetapi Galaxy S20 Ultra akan dilengkapi kamera utama 108MP dengan kuasa zum 100x.

Siri Galaxy S20 juga akan datang dalam variasi 4G serta 5G. Seperti biasa, pasaran Amerika Syarikat akan menerima Galaxy S20 yang dikuasakan Snapdragon 865, manakala pasaran lain akan menggunakan kuasa pemproses Exynos 990.

Sumber: XDA

Tags: samsungSamsung Galaxy S20
Najib

Najib

POPULAR

Gambar terdedah Galaxy S20+ mengesahkan beberapa perkara penting

Gambar terdedah Galaxy S20+ mengesahkan beberapa perkara penting

13 January 2020
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN