Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TIME tawar lebih banyak router untuk pelanggan di rumah dan perniagaan

Apabila melanggan jalur lebar tetap di rumah atau pejabat, biasanya penyedia perkhidmatan akan memberikan router yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan sebenar pengguna. Kini, pelanggan baru TIME diberi pilihan untuk memilih router yang lebih sesuai untuk mereka. Terdapat pelbagai model disediakan dari jenama seperti D-Link, ASUS, Linksys dan TP-Link.

Pengguna di Rumah

Untuk pelan 100Mbps dan 300Mbps bagi pengguna di rumah, TIME memberikan router TP-Link EC230 secara percuma. Bagi pelanggan 1Gbps pula akan menerima router D-Link DIR-882.

Dengan tawaran baru ini, pengguna di rumah kini diberi pilihan untuk bertukar ke router D-Link DIR-882 dengan bayaran RM350, atau router gaming ASUS AC86U dengan membayar RM699.

Terdapat juga pilihan yang lebih berkuasa, router gaming ROG Rapture GT-AX11000 dengan sokongan WiFi 6 pada harga RM1,809. Untuk liputan lebih meluas, TIME menyediakan router Linksys Velop berharga RM649 untuk 1 unit dan RM1,199 bagi 2 unit.

TIME turut menawarkan beberapa router lain yang memberikan liputan lebih meluas iaitu AirTies Air 4830 dengan harga RM579 untuk 2 unit dan TP-Link Dexco P9 berharga RM719 juga untuk 2 unit. Semua router ayng ditawarkan oleh TIME datang dengan jaminan selama 2-tahun.

Pelan jalur lebar tetap TIME untuk pengguna di rumah ditawarkan dalam 3 pelan iaitu pelan 100Mbps RM99/bulan, pelan 500Mbps RM199/bulan dan pelan 1Gbps RM199/bulan. Ia datang bersama kontrak selama 24-bulan tetapi boleh juga dilanggan tanpa kontrak dengan membayar sekitar RM400-RM500.

Pengguna Perniagaan

Router yang berbeza ditawarkan untuk pelanggan perniagaan. Router percuma yang diberikan ialah router TP-Link EC230. Untuk keselamatan lebih tinggi, TIME menawarkan router D-Link DIR-2660 pada harga RM449.

Bagi menyediakan liputan lebih luas, boleh mendapatkan Linksys Velop berharga RM649 untuk 1 unit dan RM1,199 bagi 2 unit. Untuk perniagaan dengan sambungan sehingga 100 pengguna, TIME menawarkan router D-Link DSR-1000AC degan harga RM1,199.

BACA  Lupakan storan awan berbayar bila anda ada Telegram dengan kemas kini terbaru ini

Pelan perniagaan TIME terdapat dalam tiga jenis iaitu pelan 20Mbps RM238/bulan, pelan 50mbps RM338/bulan dan pelan 100Mbps RM398/bulan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan router yang ditawarkan, boleh melayari laman peranti TIME.

Sumber: Lowyat