• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Teknologi 5G Celcom pertingkat kawalan keselamatan di Pelabuhan Langkawi

  • OLEH Najib
  • 2:43 pm
  • 14/01/2020
  • Komen
Teknologi 5G Celcom pertingkat kawalan keselamatan di Pelabuhan Langkawi
Share on FacebookShare on Twitter

Pulau Langkawi telah dipilih menjadi tapak ujian perintis untuk rangkaian 5G. Salah satu pihak yang terlibat ialah Celcom dan kerjasama terbaru mereka bersama Langkawi Port Sdn Bhd memperlihatkan bagaimana teknologi 5G dapat membantu operasi kerja seharian.

Teknologi Kawasalan Sempadan Digital 5G Celcom telah digunakan di pelabuhan Langkawi Port Sdn Bhd sebagai penyelesaian keselamatan dan perlindungan bandar pintar. Salah satu darinya ialah penggunaan pelbagai kamera panoramik UHD 4K secara langsung di beberapa kawasan di pelabuhan tersebut. Kamera ini mengguna pakai kebolehan 5G dengan kependaman rendah dan berkelajuan tinggi.



Bersama perisian analisa video yang dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI), ia boleh menambah kawalan keselamatan di seluruh pelabuhan. Ia juga dapat membantu dari aktiviti penyeludupan dan kecurian. Selain itu, kamera ini turut boleh memantau kawasan boleh terbakar menggunakan pengimejan haba, serta pemantauan masa nyata bagi melihat kargo yang tidak dijaga dan kenderaan yang sepatutnya telah berlepas meninggalkan pulau dari melebihi had masa, sekaligus mengurangkan ketirisan pendapatan.

Rangkaian 5G Celcom di Langkawi menggunakan teknologi Radio 5G Baru yang menggunakan spektrum C-Band, Massive Multiple-Input and Multiple-Output (MIMO 64T64R) menerusi Peralatan Premis Pelanggan (CPE) 5G. Celcom juga sedang meluaskan kajian penggunaan untuk turut meliputi Pemantauan Kawalan Orang Ramai, Geo Fencing & Smart Perimeters dan Akses Wayarles Tetap 5G.



Turut sama menyaksikan Teknologi Kawasalan Sempadan Digital 5G Celcom ini ialah Gerard Lim, Ketua Pegawai Digital SKMM, bersama Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad serta Muhd Nasir Abdul Aziz, Pengurus Besar Dermaga Tanjung Lembung di Pelabuhan Langkawi.

Tags: 5gcelcomPulau Langkawi
Najib

Najib

POPULAR

Teknologi 5G Celcom pertingkat kawalan keselamatan di Pelabuhan Langkawi

Teknologi 5G Celcom pertingkat kawalan keselamatan di Pelabuhan Langkawi

14 January 2020
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER