• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

DxOMark temui kamera ASUS ROG Phone II lebih baik dari Sony Xperia 1

  • OLEH Najib
  • 5:09 pm
  • 17/01/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

DxOMark sekali lagi kembali dengan ujian kamera mereka apabila membentangkan laporan mereka bekenaan telefon pintar gaming, Asus ROG Phone II. Walaupun ia tidaklah meletakkan fokus utama di bahagian kamera apabila meletakkan hanya dua kamera belakang, tetapi ia tidak membuatkan Asus untuk mengabaikan kualiti gambar kamera ini.

Kelebihan kamera di ROG Phone II boleh dilihat apabila ia menerima markah sebanyak 95 dari DxOMark, 1 mata lebih tinggi dari markah yang diperolehi oleh Xperia 1, yang Sony canangkan sebagai telefon pintar dengan tiga kamera belakang yang sangat hebat. Tetapi perlu diteliti laporan DxOMark ini dengan terperinci.



Sebenarnya, markah tangkapan gambar atau foto di Xperia 1 adalah lebih tinggi dari Asus ROG Phone II. Tetapi Xperia 1 kalah di bahagian video. Markah foto Xperia 1 adalah 99 manakala video 84, berbanding ROG Phone II sebanyak 97 markah di foto dan 92 markah di video.

Dari ujian DxOMark, mereka mendapati kamera ROG Phone II memiliki fokus yang pantas dan boleh mengesan pendedahan (exposure) dengan baik. Tetapi hasilnya berbeza terutama di kawasan pendedahan berbeza seperti di luar bangunan. Ini menunjukkan ia memiliki julat dinamik yang terhad.



Ini menjadi masalah utama apabila mahu menangkap gambar di suasana malap dengan penggunaan warna yang terhad dan terlalu banyak hingar dalam gambar. Ditambah lagi dengan ketiadaan kamera telefoto, membuatkan hasil tangkapan zum bertambah teruk.

Di bahagian video pula, ia mencapai markah yang lebih dari Xperia 1 kerana fungsi autofokus, tekstur dan penstabil yang lebih baik. Tetapi ia berhadapan masalah yang sama seperti foto iaitu julat dinamik yang terhad dan tangkapan malap yang terlalu banyak hingar.

Pembeli Asus ROG Phone II pastinya tidak kisah mendapatkan kualiti kamera terbaik apabila membelinya kerana ia adalah telefon yang direka khas untuk bermain permainan video mudah alih. Tetapi ia adalah bonus jika mereka boleh mendapatkan prestasi kamera yang setanding dengan telefon flagship lain.

Adakah ujian DxOmark ini dapat membantu anda untuk membeli Asus ROG Phone II? Laporan penuh ujian ini boleh didapati di laman DxOMark.

Tags: asusasus rog phone 2
Najib

Najib

POPULAR

DxOMark temui kamera ASUS ROG Phone II lebih baik dari Sony Xperia 1

17 January 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN