• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor View 30 Pro tanpa Leica miliki mata lebih tinggi dari Huawei Mate 30 Pro

  • OLEH Najib
  • 10:51 am
  • 20/01/2020
  • Komen
Telefon 5G Pertama Honor Ada Specs Seperti Mate 30 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya telefon Honor dapat mengatasi telefon Huawei dalam markah kamera di DxOMark? Nampak macam ya jika dilihat sekali imbas tetapi ada rahsia di sebaliknya. DxOMark baru-baru ini telah habis membuat ujian kamera terhadap Honor V30 Pro dan memberinya 1 mata lebih tinggi dari Huawei Mate 30 Pro.

Honor V30 Pro atau akan dikenali sebagai Honor View 30 Pro di pasaran antarabangsa, adalah telefon pintar terbaru dari Honor yang memiliki banyak persamaan dengan telefon pintar Huawei Mate 30 Pro. Walaupun ia diberi markah 122 oleh DxOMark, ia masih 1 markah di atas Mate 30 Pro tetapi sebenarnya 1 markah di bawah Mate 30 Pro 5G.



Kamera di V30 Pro adalah hampir serupa dengan Mate 30 Pro iaitu gandingan 3 kamera belakang dengan kamera utama 40MP F1.6, kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 8MP F2.4 dngan kemampuan 3x zum optikal. Tetapi V30 Pro memiliki kuasa Kirin 990 5G yang sama dengan Mate 30 Pro 5G. Cip Kirin 990 5G adalah lebih berkuasa dari cip Kirin 990 di Mate 30 Pro dengan teras lebih laju, kuasa NPU berganda dan litografi 7nm+EUV yang lebih maju.

Dari hasil ujian mereka, DxOMark mendapati kualiti gambar V30 Pro adalah lebih baik atau sama dengan kualiti kamera di telefon pintar flagship yang lain, terutama sekali dari segi tangkapan gambar malap. Ia mengalami sedikit masalah dengan autofokus yang memberikannya markah lebih rendah.



Di video pula, kualiti rakamannya amat menyerupai Mate 30 Pro 5G melainkan, di autofokus. Ia menghasilkan pendedahan yang tepat di pelbagai keadaan pencahayaan di samping menghasilkan warna yang bagus di luar dan dalam bangunan. Tetapi di suasana malap, ia memiliki artifak yang agak tinggi dan sering membuat fokus semula yang tidak perlu dalam banyak keadaan.

Untuk perbandingan harga, V30 Pro yang menyokong rangkaian 5G di China dijual bermula dari RMB3,899 (~RM2,309) dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Manakala Huawei Mate 30 Pro (RAM 8GB dan storan 256GB) tanpa 5G pula, dijual pada harga RM3,899 di Malaysia.

Jika anda mahu baca lebih lanjut mengenai laporan ujian kamera ini, layari laman web DxOMark Honor V30 Pro.

Tags: dxomarkhonorHonor V30 ProHonor View 30 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Telefon 5G Pertama Honor Ada Specs Seperti Mate 30 Pro

Honor View 30 Pro tanpa Leica miliki mata lebih tinggi dari Huawei Mate 30 Pro

20 January 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN