• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Axiata dan Telenor kembali ke meja rundingan untuk penggabungan

  • OLEH Najib
  • 4:41 pm
  • 21/01/2020
  • Komen
Axiata dan Telenor mahu bergabung operasi di Asia
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Axiata (syarikat induk Celcom) dan Telenor (syarikat induk Digi) telah berbincang untuk menggabungkan kedua-dua syarikat menjadi gergasi telekomunikasi di Asia. Bagaimanapun perkara tersebut menemui jalan buntu akibat beberapa perkara yang tidak mencapai kata sepakat.

Baru-baru ini, perbincangan penggabungan syarikat ini timbul semula. Bloomberg melaporkan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) selaku pemegang saham terbesar di Axiata, telah kembali menghidupkan perbincangan dengan Telenor untuk penggabungan.



Antara kemungkinan langkah yang akan diambil ialah Khazanah menjual pegangan saham Axiata kepada Telenor, sekaligus membuka jalan untuk menggabungkan aset-aset kedua-dua syarikat, atau menutup salah satu syarikat di beberapa negara. Satu lagi pilihan ialah menggabungkan terus operasi kedua-dua syarikat.

Axiata memiliki 37% pegangan saham di dalam Axiata. Pembelian saham minoriti oleh Telenor masih dapat membantu mengukuhkan kedudukan Telenor di Asia, di samping mengurangkan ketegangan politik di Malaysia di mana Axiata adalah penyedia rangkaian telekomunikasi terbesar.



Dalam perbincangan tahun lepas, antara perkara yang dilihat memberi kesan kepada politik Malaysia ialah pembuangan kerja selepas penggabungan. Ini kerana Telenor dilihat akan mengawal operasi selepas penggabungan dibuat, yang akan menyingkirkan pekerja terutama sekali di Axiata.

Axiata dan Telenor, kedua-duanya beroperasi di Malaysia dan Bangladesh. Axiata turut memiliki operasi di Kemboja, Nepal, Indonesia dan Sri Lanka. Manakala Telenor beroperasi di Myanmar, Pakistan dan Thailand.

Sumber: Bloomberg

Tags: AxiatacelcomdigiKhazanahTelenor
Najib

Najib

POPULAR

Axiata dan Telenor mahu bergabung operasi di Asia

Axiata dan Telenor kembali ke meja rundingan untuk penggabungan

21 January 2020
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN