• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua telefon Vivo terima diskaun sehingga RM400 sempena Tahun Baru Cina

  • OLEH Najib
  • 11:54 am
  • 21/01/2020
  • Komen
Dua telefon Vivo terima diskaun sehingga RM400 sempena Tahun Baru Cina
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena ketibaan perayaan Tahun Baru Cina bulan ini, Vivo Malaysia mengumumkan promosi Chinese New Year Bonanza 20202. Bermula dari 20 hingga 31 Januari 2020, dua model telefon pintar menerima diskaun istimewa sepanjang waktu ini iaitu Vivo V17 dan Vivo NEX 3.

Vivo V17 yang baru dilancarkan bulan lepas, menerima diskaun RM200 menjadikan harganya RM1,499 sahaja. Bagi Vivo NEX 3 pula, ia diberikan diskaun sebanyak RM400, menjadi RM3,499 sahaja. Promosi ini boleh didapati di stor fizikal Vivo, serta dalam talian di Lazada dan Shopee.



Di samping itu, orang ramai juga berpeluang untuk memenangi telefon pintar Vivo V17 seta pelbagai hadiah lain menerusi pertandingan mengambil gambar yang diadakan Vivo Malaysia di Facebook. Untuk menyertainya, ikuti langkah berikut:

  1. Tangkap gambar potret keluarga terbaik dan sekreatif mungkin dengan mana-mana telefon pintar.
  2. Muat naik gambar tersebut di ruangan komen post Facebook pertandingan bersama tanda pagar #vivoMalaysia #vivoFamily2020
  3. Kongsikan post Facebook tersebut dan pastikan ia ditetapkan ke ‘Public’.

Vivo V17

Vivo V17 merupakan telefon pintar kelas pertengahan, dikuasakan Snapdragon 675 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia ada 4 kamera belakang iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Di hadapan, ia dipasang kamera 32MP.



Skrin Vivo V17 berukuran 6.44-inci dengan lubang kecil yang memuatkan kamera hadapan. Ia dari jenis Super AMOLED bersama resolusi HD Penuh. Baterinya sebesar 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas melalui USB-C.

Vivo NEX 3

Vivo NEX 3 pula adalah peranti kelas flagship, dengan kuasa Snapragon 855+ bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia memiliki skrin melengkung berukuran 6.89-inci, tanpa takuk dan lubang. Ini kerana kamera hadapan 13MP padanya terletak pada modul pop-up boleh sembunyi.

Di belakang, ia ada tiga kamera iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera telefoto 13MP. Bateri di dalamnya 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 22.5W melalui USB-C.

Pada awalnya ia diperkenal sebagai telefon 5G pertama di Malaysia tetapi ia tidak menerima pengesahan 5G dari SIRIM. Sebaliknya Huawei Mate 30 Pro 5G adalah telefon pertama diperakui oleh SIRIM dengan 5G.

Tags: Tahun Baru CinavivoVivo NEX 3vivo v17
Najib

Najib

POPULAR

Dua telefon Vivo terima diskaun sehingga RM400 sempena Tahun Baru Cina

Dua telefon Vivo terima diskaun sehingga RM400 sempena Tahun Baru Cina

21 January 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN