Diskaun RM699 untuk Samsung Galaxy Fold jika membayar secara ansuran

Jika anda berminat untuk memiliki telefon dengan skrin boleh lipat pertama dari Samsung tetapi bajet agak terhad, mungkin anda boleh menyertai pelan ansuran yang baru sahaja diumumkan oleh Samsung ini. Lebih baik lagi, anda menerima diskaun sebanyak RM699 jika membeli Galaxy Fold secara ansuran.

Bermula dari 18 Januari sehingga 16 Februari 2020, orang ramai berpeluang menerima diskaun sebanyak RM699 apabila membeli Samsung Galaxy Fold dan membuat bayaran secara ansuran. Diskaun ini hanya boleh didapati dari pengedar sah Samsung yang turut serta sahaja.

Sebanyak tiga jenis ansuran ditawarkan iaitu 12 bulan, 24 bulan dan 36 bulan. Harga rasmi untuk Galaxy Fold ialah RM8,388 jadi ansuran 12 bulan menjadikan bayarannya RM699/bulan 24 bulan pula RM349.50/bulan dan 36 bulan ialah RM233/bulan.

Diskaun diberikan dalam bentuk pengecualian ansuran bulanan. Untuk 12 bulan, pengecualian ansuran untuk bulan pertama, ansuran 24 bulan dikecualikan sebanyak 2 bulan dan ansuran 36 bulan, dikecualikan sebanyak 3 bulan. Samsung juga menerangkan, tawaran ini diberikan kepada pelanggan sahaja dan tidak layak dinikmati oleh pengedar dan reseller, serta keluarga terdekat mereka.

Pengguna perlu membuat ansuran ini melalui kad kredit dari bank terpilih. Pengedar sah Samsung yang menyertai juga hanya memiliki terminal kad kredit bank tertentu, jadi pembeli harus mencari pengedar/penjual yang menerima kad kredit bank yang mereka mahu gunakan.

Samsung Galaxy Fold yang dijual di Malaysia merupakan versi 4G LTE dan dikuasakan pemproses Snapdragon 855, RAM 12GB dan storan 512GB. Ia memiliki skrin Super AMOLED di luar berukuran 4.6-inci HD manakala di dalam, ialah skrin boleh lipat Berukurang 7.3-inci. Baterinya pula sebesar 4,380mAh.

Maklumat lanjut mengenai promosi ansuran ini boleh dilihat di laman Samsung Galaxy Fold EPP. Kenali juga Samsung Galaxy Fold melalui artikel kami di bawah ini.

BACA  Galaxy A51 dan Galaxy A71 ada dua tahun jaminan dan perlindungan skrin retak eksklusif untuk tempahan awal