Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Canon EOS-1D X Mark III: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Canon telah mengumumkan penjualan kamera berkelas flagship terbaru mereka di Malaysia. EOS-1D X Mark III diumumkan awal tahun 2020, beberapa bulan sebelum temasya Olimpik 2020 yang bertempat di Jepun dalam bulan Julai ini.

Cari Canon di Lazada

Cari Canon di Shopee

Untuk anda yang ingin dapatkannya sebuah, harganya adalah RM29,999 dan mula boleh ditempah sekarang hingga 11 Februari 2020. Dalam tempoh tersebut, tempahan akan disertakan bersama sebuah bateri tambahan  untuk jadikan 2 bateri semuanya. Tiada pakej kombo bersama lensa percuma disediakan dan harga tersebut adalah untuk body sahaja.

1D X Mark III membawakan pelbagai penambahbaikan berbanding edisi sebelumnya. Walaupun masih gunakan sensor 20.1MP dalam format full frame, cip pemproses imejnya adalah yang baharu. Digic X dikatakan 3.1 kali ganda lebih berkuasa berbanding 2 keping Digic 8 yang diguna pakai pada Mark II dulu.

Penggunaan sistem elektronik yang lebih cekap tenaga telah memanjangkan hayat bateri 1D X Mark III dengan nyata. Dengan satu bateri penuh, ia boleh menangkap lebih 2,600 keping gambar dan 2 jam 20 minit video sebelum ketandusan tenaga.

Hal itu penting sebab 1D-X kali ini ada ruang buffer yang superluas serta keupayaan tangkapan selanjar yang pantas. Anda boleh tekan dan hold butang shutter untuk nikmati tangkapan selanjar sepantas 20 bingkai sesaat. Semasa lakukan tangkapan selanjar, ruang buffer-nya boleh tampung sehingga 1,000 keping gambar dalam memori sambil ia memasukkan data ke dalam kad CFExpress.

Paling menarik adalah pada kehadiran dua butang peka sentuhan yang boleh anda gunakan untuk mengawal kotak autofokus dengan mudahnya. Lebih bagus, kedua-dua butang itu berserta beberapa yang lain ada lampu latar untuk mudahkan navigasi dilakukan dalam gelap.

BACA  Kerajaan umum 1GB data percuma setiap hari sehingga tamat PKP

Untuk tujuan perpindahan data, ada beberapa cara ia boleh dilakukan. Selain Wi-Fi dan USB-C, anda boleh gunakan port LAN untuk kelajuan perpindahan sehingga 1 Gigabit per saat.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.