• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix akan siarkan filem animasi Studio Ghibli bermula Februari 2020

  • OLEH Najib
  • 5:13 pm
  • 22/01/2020
  • Komen
Netflix akan siarkan filem animasi Studio Ghibli bermula Februari 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah dengar filem animasi seperti Spirited Away atau My Neighbor Totoro? Ia merupakan filem animasi yang dihasilkan oleh Studio Ghibli. Studio Ghibli telah menghasilkan banyak filem animasi yang memenangi pelbagai anugerah dan tidak lama lagi, pengguna Netflix boleh menonton 21 filem Studio Ghibli di Netflix.

Netflix baru-baru ini mengumumkan akan menyiarkan 21 filem yang dihasilkan oleh Studio Ghibli, di platform mereka bermula 1 Februari 2020 secara berperingkat. Ia akan disiarkan di seluruh dunia di mana terdapatnya Netflix, kecuali di Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun.



Lebih menarik lagi, semua filem ini akan memiliki sarikata di dalam 28 bahasa dan dialihsuara ke 20 bahasa. Senarai penuh filem animasi Studio Ghibli yang akan bersiaran di Netflix adalah seperti berikut:

1 February 2020

  • Castle in the Sky (1986)
  • My Neighbor Totoro (1988)
  • Kiki’s Delivery Service (1989)
  • Only Yesterday (1991)
  • Porco Rosso (1992)
  • Ocean Waves (1993)
  • Tales from Earthsea (2006)

1 Mac 2020

  • Nausicaä of the Valley of the Wind (1984)
  • Princess Mononoke (1997)
  • My Neighbors the Yamadas (1999)
  • Spirited Away (2001)
  • The Cat Returns (2002)
  • Arrietty (2010)
  • The Tale of The Princess Kaguya (2013)

1 April 2020

  • Pom Poko (1994)
  • Whisper of the Heart (1995)
  • Howl’s Moving Castle (2004)
  • Ponyo on the Cliff by the Sea (2008)
  • From Up on Poppy Hill (2011)
  • The Wind Rises (2013)
  • When Marnie Was There (2014)

Jika anda peminat Studio Ghibli, pasti anda sedar terdapat satu filem animasi mereka yang sangat popular, tidak termasuk di dalam senarai Netflix ini iaitu Grave of the Fireflies (1988). Ini kerana ia dikatakan bukan dimiliki oleh Studio Ghibli, kerana mereka hanya menghasilkan animasinya untuk syarikat lain.



Jika anda masih belum melanggan Netflix, anda boleh mencubanya secara percuma selama 30 hari. Kemudian anda boleh memilih untuk melanggan Netflix dari serendah RM17/bulan.

Tags: NetflixStudio Ghibli
Najib

Najib

POPULAR

Netflix akan siarkan filem animasi Studio Ghibli bermula Februari 2020

Netflix akan siarkan filem animasi Studio Ghibli bermula Februari 2020

22 January 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN