Samsung sediakan RM1.2 juta hadiah untuk pembeli bertuah di Tahun Baru Cina

Jika anda mahu membeli telefon pintar baru, apa kata dapatkan telefon pintar Samsung kerana mereka menyediakan hadiah 1,094 unit telefon bernilai RM1.2 juta untuk pembeli yang bertuah. Promosi bersempena Tahun Baru Cina ini berjalan dari 15 Januari hingga 16 Februari 2020.

Hadiah berupa 1,094 unit telefon pintar bernilai RM1.2 juta itu adalah dalam bentuk 18 unit Galaxy Fold, 388 unit Galaxy A50s dan 688 unit Galaxy A30s. Untuk berpeluang memenanginya, ikuti langkah berikut:

  1. Beli mana-mana telefon pintar atau tablet Samsung yang terlibat di dalam peraduan ini.
  2. Hantar maklumat peribadi dan resit pembelian di laman Samsung Redemption, bersama gambar kreatif yang melambangkan Tahun Tikus.
  3. Pemenang akan dipilih dan diumumkan setiap minggu.

Model telefon pintar dan tablet yang boleh menyertai peraduan ini ialah:

  1. Galaxy Fold
  2. Galaxy Note10
  3. Galaxy Note10+
  4. Samsung Galaxy S10
  5. Samsung Galaxy S10e
  6. Samsung Galaxy S10+
  7. Galaxy Note9
  8. Galaxy S9
  9. Galaxy S9+
  10. Galaxy A70
  11. Galaxy A80
  12. Galaxy A10s
  13. Galaxy A20s
  14. Galaxy A30s
  15. Galaxy A50s
  16. Galaxy Tab S6
  17. Galaxy Tab S5e
  18. Galaxy Tab A (dengan S Pen 8.0)
  19. Galaxy Tab A 10.1
  20. Galaxy Tab A 10.1 Wifi
  21. Galaxy Tab A 8.0 2019

Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan ini, layari laman web Samsung Prosperity Begins Here.

BACA  Tempahan Galaxy S20: Tawaran Yes 4G Paling Ringkas Dalam Kalangan Telco