• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grab, Razer, AirAsia, Axiata, CIMB antara nama yang mahu memohon lesen Bank Digital

  • OLEH Najib
  • 5:55 pm
  • 23/01/2020
  • Komen
Grab, Razer, AirAsia, Axiata, CIMB antara nama yang mahu memohon lesen Bank Digital
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung tahun lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) bercadang untuk mengeluarkan sehingga lima lesen bank digital kepada pemohon yang layak. Dalam satu laporan dari Reuters, antara syarikat yang sedang berusaha untuk memohon lesen tersebut ialah Grab, Razer, AirAsia, Axiata dan CIMB.

Kelima-lima nama tersebut, telah memiliki eWallet. Beberapa syarikat ini juga telah memulakan perbincangan dengan perunding untuk mencari ruang ke arah penubuhan bank digital.



Singapura juga dilaporkan akan membuka lima lesen bank digital dan sehingga kini, telah menerima sebanyak 21 permohonan. Dalam hal ini, mereka yang memohon di Singapura, dijangka akan melakukan perkara yang sama di Malaysia. Ini kerana modal minimum yang diperlukan lebih rendah tetapi ada pasaran yang lebih besar dari Singapura.

Menurut BNM, bank digital perlu mengekalkan dana modal minimum yang tidak terjejas oleh kerugian sebanyak RM100 juta sepanjang tempoh fasa asas, dan selepas tamat tempoh itu, jumlah yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 juta. BNM juga menetapkan had ke atas aset kumulatif yang boleh dijana tidak melebihi RM2 bilion pada tiga hingga lima tahun awal operasi.



Razer dimaklumkan, sedang dalam perbincangan dengan konglomerat di Malaysia untuk memohon lesen ini. Di Malaysia, eWallet Razer Pay bergandingan dengan Berjaya Corporation Berhad untuk beroperasi. Ketua Pegawai Eksekutif Razer Fintech, Lee Li Meng memberitahu Reuters, Razer mempunyai operasi pembayaran digital yang meluas di Malaysia dan sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan.

Axiata yang turut memiliki Boost, dijangka akan membuat permohonan melaluinya. AirAsia pula memiliki BigPay, sebuah sistem eWallet bersama kad prabayar. CIMB pula, memiliki pegangan saham majoriti di dalam Touch n Go, yang turut menjadi pemilik kepada Touch n Go eWallet.

Dalam balasan kepada pertanyaan Reuters, Maybank memaklumkan, berdasarkan lesen sedia ada, mereka boleh beroperasi sebagai bank digital tanpa perlu memohon lesen baru.

Sumber: Reuters

Tags: AirAsiaAxiataBank Digitalbnmcimbrazer
Najib

Najib

POPULAR

Grab, Razer, AirAsia, Axiata, CIMB antara nama yang mahu memohon lesen Bank Digital

Grab, Razer, AirAsia, Axiata, CIMB antara nama yang mahu memohon lesen Bank Digital

23 January 2020
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN