Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Telefon Midrange 2020 Jadi Lebih Baik Dengan Tiga SoC Snapdragon Ini

Sementara menunggu Snapdragon 865 munculkan diri dalam flagship 2020, Qualcomm telah mengumumkan tiga cip untuk kelas harga patut. Snapdragon 720G, Snapdragon 662, dan Snapdragon 460 masing-masing bawakan beberapa spesifikasi yang lebih segar untuk perkasakan segmen kelas pertengahan dan bawah.

Contohnya, mereka adalah tiga cip pertama yang menyokong penerimaan isyarat satelit geolokasi India, NavIC sebagai alternatif kepada isyarat GPS, Glonass, dan BeiDou sedia ada. Selain itu, mereka juga adalah antara yang pertama menyokong Wi-Fi 6 serta Bluetooth 5.1.

Snapdragon 720G

Snapdragon 720G akan digunakan pada telefon yang lebih premium dalam kelasnya. Menggunakan abjad G, ia merujuk pada kemampuan gaming-nya menerusi fungsi Elite Gaming. Ia miliki prestasi yang mungkin lebih baik jika dibandingkan seperti Snapdragon 845. Berbanding flagship 2018 yang gunakan acuan 8nm, 720G gunakan litografi 7nm dalam penghasilannya.

Di bahagian teras, ia mengandungi teras Kryo 260 dan Kryo 465 yang disusun dalam konfigurasi oktateras. Kelajuan SoC ini boleh mencapai sehingga 2.3Ghz. Tapi ada beberapa bahagian yang dilihat cuba di-“cilok” oleh pengeluarnya, berkemungkinan besar untuk kekalkan harga patut. Misalnya cip ini hanya menyokong RAM 8GB saja manakala untuk storan, hanya UFS 2.1 disokongnya sedangkan UFS 3.0 lebih laju.

Snapdragon 662

Snapdragon 662 berada di bawah 720G. Ia dibangunkan daripada litografi 11nm berbanding 14nm pada Snapdragon 660. Tapi ia menggunakan teras yang sama, 8 Kryo 260 pada clockspeed mencecah 2Ghz. Bahagian GPU juga menunjukkan penambahbaikan.

Namun begitu, modem LTE-nya diturun taraf kerana anda pada edisi terdahulu mereka gunakan modem X12, tapi kali ini cuma X11. Ia diterjemahkan kepada kelajuan muat turun lebih rendah (390Mbps vs. 600Mbps).

BACA  MySejahtera hanya kesan 4% individu positif Covid-19

Berkemungkinan besar ia untuk merealisasikan penggunaan cip NavIC tadi.

Snapdragon 460

Cip yang terakhir ialah Snapdragon 460. Penambahbaikan yang dibawakan pada cip ini adalah litografi yang lebih kecil (14nm vs 11nm) dan penggunaan teras Kryo beranding teras generik Cortex-A53. Namun, clockspeednya kekal sama seperti dulu iaitu 1.8 Ghz.

Lagi bahagian yang diperbaharui adalah modem. Ia menggunakan komponen modem X11 sama seperti Snapdragon 662. Jadi, kelajuan capaian LTE-nya kini mencecah 390Mbps di samping sokongan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1. Maka, bolehlah anda jangkakan telefon bajet untuk tahun 2020 jauh lebih kompeten berbanding tahun sebelumnya.

Malangnya, masih tidak kelihatan sokongan pengecasan pantas hatta Quick Charge 3 yang agak berusia.

Sumber: Qualcomm