• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TIME membuka akses jalur lebar kepada Digi dan sedia menerima ISP lain

  • OLEH Najib
  • 3:45 pm
  • 23/01/2020
  • Komen
TIME membuka akses jalur lebar kepada Digi dan sedia menerima ISP lain
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai tidak lama lagi boleh melanggan pelan jalur lebar tetap rumah Digi di lebih banyak kawasan, apabila Digi dan TIME hari ini mengumumkan satu kerjasama. Digi akan boleh menggunakan infrastruktur jalur lebar TIME bagi menawarkan pelan Digi Home Broadband kepada lebih ramai pengguna di Malaysia.

Kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen kedua-keduanya terhadap Pelan Gantian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk menyediakan akses kepada sambungan internet yang lebih baik dan mampu dimiliki. Digi Home Fibre telah dilancarkan di Sabah pada September 2019, selepas ujian rintis di Lembah Klang dan Melaka.



Digi Home Fibre kini menawarkan empat jenis pelan, semuanya tanpa had kuota. Ia bermula dari RM99/bulan dengan kelajuan 50Mbps, RM129/bulan 100Mbps, 500Mbps RM159/bulan dan RM199/bulan untuk kelajuan 1Gbps. Kepada yang berminat untuk melanggan pelan Digi, boleh menyemak kawasan liputan di sini.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat berkata, “Kerjasama dengan TIME ini membolehkan kami untuk meluaskan lagi liputan kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman internet yang lancar dan konsisten., di dalam dan di luar rumah bersama Digi.”



Pengarah Eksekutif TIME, Lee Guan Hong pula menjelaskan, “TIME telah membangunkan infrastruktur jalur lebar berkualiti tinggi. Kini TIME membuka infrastruktur ini kepada mana-mana penyedia internet (ISP) yang mencari sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada lebih ramai rakyat Malaysia ke seluruh negara. TIME juga akan meneruskan usaha untuk meluaskan lagi liputan merentasi seluruh Malaysia.”

Tags: digitime
Najib

Najib

POPULAR

TIME membuka akses jalur lebar kepada Digi dan sedia menerima ISP lain

TIME membuka akses jalur lebar kepada Digi dan sedia menerima ISP lain

23 January 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN