• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Catat Perolehan Suku Tahun Tertinggi Dalam Sejarah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:29 pm
  • 29/01/2020
  • Komen
iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max terima naik taraf kamera luar dan dalam
Share on FacebookShare on Twitter

Jika tahun lepas Apple beri amaran kepada pelaburnya tentang keuntungan yang merudum, tahun ini mereka boleh nikmati dividen yang lebih lumayan. Hal ini kerana Apple umumkan yang perolehan untuk suku pertama tahun fiskal 2020 mereka adalah yang paling tinggi dalam sejarah.

Apple Beri Amaran Tentang Keuntungan Merudum Kepada Pelaburnya

Dalam kenyataan media yang diterbitkan pada 28 Januari 2020, mereka telah mencatatkan perolehan sebanyak USD 91.8 billion. Ia diterjemah kepada 9 peratus peningkatan berbanding tempoh yang sama dalam tahun 2019.



Untuk pelabur, mereka akan menerima dividen tunai sebanyak USD 0.77 sesaham.

Sekiranya anda pengguna produk Apple yang berada di Malaysia, tahniah! Hal ini kerana, perolehan Apple sebanyak 61% datangnya daripada jualan antarabangsa dan anda tergolong dalam statistik tersebut.



Tapi pasaran Eropah adalah antara wilayah yang paling menguntungkan buat Apple kerana perolehan daripada jualan produk mereka di sana menokok sebanyak 14.1 peratus kepada USD 23.3 billion.

Tak hairanlah Apple sangat lantang membantah cadangan kesatuan Eropah untuk mengarahkan semua pengeluar peralatan elektronik mengguna pakai hanya satu jenis sambungan USB untuk membenteras pencemaran sampah elektronik.

Apple akan dipaksa meninggalkan Lightning dan menggunakan USB-C

Sudah tentu Apple mahu memerah keuntungan daripada program MFi mereka yang telah jadi seperti “duit percuma” sejak sekian lama. Kali terakhir maklumat MFi dikongsikan, royalti untuk menggunakan cap MFi adalah USD 4 untuk setiap sambungan Lightning.

Sumber

Maklumat tentang royalti adalah rahsia kedap udara Apple kerana anda perlu tanda tangan NDA sebelum diberitahu berapakah yang perlu anda bayar untuk dapatkan cap MFi tersebut.

Sumber: Apple

Tags: apple
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max terima naik taraf kamera luar dan dalam

Apple Catat Perolehan Suku Tahun Tertinggi Dalam Sejarah

29 January 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER