Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Shopee Jamin Semua Pesanan Daripada China Akan Dinyahkuman Sebelum Dihantar

Semua orang risau tentang tempahan dalam talian yang datang dari China, takut-takut ia dijangkiti Coronavirus. Tapi, jika anda beli-belah bersama Shopee, platform beli-belah dalam talian itu telahpun mengambil langkah yang sewajarnya.

Menurut saluran Twitter Shopee, semua tempahan akan dinyahkuman terlebih dahulu sebulum melalui pemeriksaan kastam. Tambahan pula, risiko untuk Coronavirus menumpang adalah rendah kerana semua tempahan daripada China ke Malaysia perlukan lebih 24 jam untuk tiba dan virus tidak boleh tahan selama itu.

Jika tak cukup, Shopee juga mengwar-warkan apa yang berlaku di gundang penghantaran mereka di China iaitu:

  • Kawasan Gudang dinyahkuman setiap hari
  • Suhu badan semua staf dicerap sebelum mereka mula bekerja
  • Semua staf memakai topeng muka sepanjang masa

Sebagai langkah proaktif, mereka akan terus memantau situasi semasa untuk pastikan keselamatan pengguna yang lakukan beli-belah melalui platfrom mereka.

Setakat ini, 2019-nCoV telah menjangkiti lebih 7,700 orang dengan hampir semuanya berlaku di China. DI Malaysia, kita ada 8 kes positif dan mujurlah tiada kematian dicatatkan.

BACA  OnePlus Nord jelmaan OnePlus 8 pada harga jauh lebih murah