Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kelewatan pembinaan 5G di Amerika akan melambatkan sokongan 5G di iPhone

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook percaya rangkaian mudah alih 5G masih di peringkat awal dan tidak menjawab apabila wartawan bertanyakan tentang perancangan untuk menghasilkan iPhone yang menyokong rangkaian 5G. Perkara ini berlaku selepas beliau membentangkan pendapatan suku tahunan Apple yang sangat memberansangkan.

Tambah Cook, pembinaan rangkaian 5G di seluruh dunia adalah berbeza. Beberapa darinya kelihatan sangat berlainan dari apa yang ada di Amerika Syarikat (AS), dan ia adalah perkara yang penting. Di AS, syarikat telekomunikasi Virgin baru memasang rangkaian 5G di 31 bandar manakala AT&T pula, hanya terdapat di 5 bandar.

5G telah menjadi perkataan penting di dalam dunia teknologi sejak tahun lepas di mana pengeluar telefon pintar seperti Samsung, Huawei, Xiaomi dan banyak lagi telah pun melancarkan telefon 5G mereka. Banyak cakap-cakap mengatakan iPhone 5G akan diperkenalkan tahun ini tetapi jawapan dari Tim Cook ini dilihat seperti ia tidak akan menjadi kenyataan.

Sudah menjadi tradisi Apple untuk tidak meletakkan teknologi terkini di dalam telefon pintar mereka. Hanya apabila ia telah matang dan stabil untuk digunakan, barulah ia akan dipasang ke dalam model iPhone yang akan datang. Perkara yang sama juga berlaku semasa rangkaian 3G dan 4G mula-mula diperkenalkan. Apple mengambil masa lebih setahun untuk menyediakan sokongan di dalam iPhone.

Adakah Apple patut memasang 5G di dalam iPhone baru tahun ini, atau boleh menunggu setahun lagi di mana rangkaian 5G terdapat lebih meluas di seluruh dunia? Adakah anda masih akan membeli iPhone yang baru tahun ini tanpa 5G?

Sumber: GizChina, Business Insider

BACA  iOS 14 dan iPad OS14 tamat ujian Beta, sedia dimuat turun hari in