Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Percuma dua unit Oppo Enco Q1 dengan pembelian Oppo Reno2

Bulan Februari sering dikaitkan sebagai bulan berkasih sayang. Bagi mengeratkan hubungan cinta di antara dua insan, Oppo Malaysia kini memulakan tawaran berkembar yang menarik.

Mulai 1 hingga 16 Februari 2020, bagi setiap pembelian 2 unit telefon pintar Reno2, pembeli akan turut menerima dua unit fon kepala wayarles, Enco Q1 yang bernilai RM399 setiap satu. Oppo Reno2 dijual di Malaysia pada harga RM2,299 dengan tiga warna pilihan: biru, hitam dan merah jambu. Tawaran ini boleh didapati di Stor Online Oppo, Stor Konsep Oppo serta di Stor Rasmi Oppo di Lazada dan Shopee, sementara stok masih ada.

Oppo Reno2 merupakan telefon pintar yang memiliki skrin penuh tanpa takuk, berukuran 6.5-inci HD Penuh+ dari jenis AMOLED. Ia mengekalkan rekaan unik kamera pop up sirip jerung untuk menyimpan kamera hadapan. Di dalam, ia dikuasakan cip Snapdragon 730G, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Baterinya berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0.

Kamera belakang di Reno2 merupakan gandingan 4 jenis kamera berbeza iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera telefoto 8MP F2.4, kamera ultra lebar 13MP F2.2 dan kamera bokeh 2MP F2.4. Kamera ini berkeupayaan mengezum secara hibrid 5x tanpa menjejaskan kualiti, dan mengezum digital sehingga 20x. Kamera hadapan yang terletak di dalam modul boleh simpan sirip jerung pula ialah kamera 16MP F2.0.

Enco Q1 pula adalah fon kepala pembatalan hingar wayarles dalam bentuk cekak leher. Fon kepala ini menggunakan teknologi pembatalan bunyi hingar aktif hibrid, di mana mikrofon di depan dan belakang bekerjasama dengan algoritma pembatalan bunyi hingar, bagi memaksimakan halangan bunyi hingar di persekitaran. Ia menggunakan unit pemandu dinamik 11.8mm, serta menyokong format AAC, mod audio 3D dan ditala oleh pasukan akustik khas.

BACA  iPhone 11 tewaskan Redmi Note 8 sebagai telefon paling popular di dunia

Rekaan Enco Q1 juga ergonomik, sangat ringan dan fleksibel, memastikan pengguna sentiasa selesa menggunakannya untuk masa yang panjang. Bateri di dalam Enco Q1 dicas melalui sambungan USB-C dan ia boleh digunakan untuk memainkan muzik sehingga 15 jam dengan pembatalan hingar, atau sehingga 22 jam tanpa pembatalan hingar.