• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Grab Indonesia Sediakan 50 Kereta Elektrik Dalam Servis GrabCar Mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:01 pm
  • 31/01/2020
  • Komen
Grab Indonesia Sediakan 50 Kereta Elektrik Dalam Servis GrabCar Mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda melawat Jakarta, jangan lepaskan peluang untuk gunakan kereta elektrik GrabCar yang disediakan di lapangan terbang Soekarno-Hatta. Sebanyak 50 buah Hyundai Ioniq disediakan oleh pihak Grab dan 450 buah lagi akan disediakan di pelbagai lokasi menjelang hujung tahun ini.

Menurut Grab, GrabCar Elektrik adalah komitmen mereka untuk menyokong pertumbuhan landskap kereta elektrik Indonesia. Hal ini untuk membiasakan pengguna di Indonesia dengan kenderaan yang cekap tenaga dan tidak mencemarkan.



Hyundai Ioniq yang boleh anda cuba adalah versi elektrik sepenuhnya. Menurut spesifikasi rasmi, ia boleh bekerja sehingga 100kW ataupun diterjemahkan kepada 134 kuasa kuda dan boleh mencapai kelajuan maksimum 165km/h.

Kereta ini dilengkapi bateri berkapasiti 38.3kWh yang mampu berikan jarak perjalanan sehingga 373km. Untuk mengisi penuh bateri kereta ini, ia perlukan masa sehingga 6 jam ataupun ada juga pengecasan pantas 50kW yang boleh mengisi 80% dalam masa Cuma 57 minit.



Jika anda ingin mencuba GrabCar Elektrik, anda boleh carinya di Terminal 3 lapangan terbang Soekarno-Hatta. Anda boleh menempahnya melalui APP Grab anda.

Sumber: Grab, TechInAsia

Tags: GrabGrabCar
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Grab Indonesia Sediakan 50 Kereta Elektrik Dalam Servis GrabCar Mereka

Grab Indonesia Sediakan 50 Kereta Elektrik Dalam Servis GrabCar Mereka

31 January 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN