Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Gelang kecergasan hadiah buat pembeli awal Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note 10 Lite

Sebelum Samsung membuat pelancaran besar-besaran menyambut kedatangan Galaxy S20 dan Galaxy Z Flip, Samsung Malaysia mengumumkan penjualan dua model baru telefon pintar mereka, Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note 10 Lite.

Harga jualan Galaxy Note 10 Lite sama seperti yang didedahkan sebelum ini. Ia dijual di Malaysia pada harga RM2,299 dengan kuasa Exynos 9810, RAM 8GB dan storan 128GB. Manakala Galaxy S10 Lite dengan kuasa lebih tinggi, Snapdragon 855, RAM 8GB dan storan 128GB pula berharga RM2,699.

Tiga warna disediakan untuk kedua-dua model tetapi ia berbeza. Galaxy S10 Lite boleh dipilih antara warna Prism Black, Prism White dan Prism Blue. Manakala Galaxy Note 10 Lite pula datang dengan warna Aura Glow, Aura Black dan Aura Red.

Samsung menyediakan hadiah percuma berupa gelang pintar Galaxy Fit bernilai RM369 untuk tempahan awal kedua-dua telefon ini, dari 3 hingga 5 Februari 2020. Deposit RM200 diperlukan dan tempahan awal boleh dibuat menerusi laman khas tempahan awal Samsung Malaysia.

Samsung Galaxy S10 Lite

Skrin di Galaxy S10 Lite berukuran 6.7-inci, ia lebih besar dari Galaxy S10+ dengan skrin 6.4-inci. Tetapi resolusinya lebih rendah, hanya HD Penuh serta skrin rata yang tidak melengkung di sisi. Skrinnya dari jenis Super AMOLED Plus dengan satu lubang kecil di atasnya, tidak seperti Galaxy S10+ yang dilengkapi skrin Dyanmic AMOLED dengan lubang di sudut skrin. Menurut Samsung, Dynamic AMOLED menyokong paparan HDR10+ untuk julat warna yang lebih tinggi.

Galaxy S10 Lite datang dengan kuasa Snapdragon 855. Pasti ini berita gembira untuk mereka yang lebih gemarkan Snapdragon berbanding Exynos. Peranti ini didatangkan dengan RAM 8GB, serta storan dalaman sebanyak 128GB yang turut menyokong kad mikroSD sehingga 1TB untuk storan tambahan.

BACA  Samsung ejek Apple pasal pengecas, adakah dia lupa sejarah?

Bagi kamera, Galaxy S10 Lite didatangkan dengan gandingan tiga kamera belakang yang berbeza dari siri Galaxy S10 sebelum ini. Ia dipasang dengan kamera utama 48MP F2.0 dengan fungsi baru Super Steady OIS. Fungsi ini menjanjikan tangkapan gambar dan video yang lebih baik menerusi penstabilan kecondongan lensa. Bersamanya ialah kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan yang ketiga ialah kamera makro 5MP F2.4, tiada lagi kamera telefoto padanya. Tetapi ia dilihat masih lebih baik dari Galaxy S10e yang hanya ada dua kamera belakang. Untuk swafoto, telefon ini dipasang hanya satu kamera di hadapan iaitu kamera 32MP F2.2.

Walaupun dipanggil “Lite”, telefon ini memiliki bateri yang jauh lebih besar, berkapasiti 4,500mAh. Selain itu, ia turut dibekalkan pengecas pantas 25W berbanding hanya 15W di Galaxy S10 dan Galaxy S10+.

Lain-lain kekurangan yang ada padanya ialah seperti ketiadaan pengecasan wayarles, serta tidak kalis air dan debu. Ia juga tidak lagi memiliki jek audio 3.5mm.

Samsung Galaxy Note 10 Lite

Seperti Galaxy S10 Lite, telefon pintar Galaxy Note 10 Lite juga memiliki skrin rata sebesar 6.7-inci, tetapi dari jenis Super AMOLED serta resolusi HD Penuh. Kekurangan paling ketara pada telefon ini ialah di pemprosesnya.

Galaxy Note 10 Lite menggunakan pemproses Exynos 9810 yang sama terdapat di Galaxy S9 dan Galaxy Note 9. RAM di dalamnya 8GB manakala storan dalamannya hanya 128GB tetapi sedia menerima storan tambahan menerusi kad mikroSD.

Sudah pasti, telefon ini datang bersama S Pen tetapi berbeza dari yang ada di Galaxy Note 10. S Pen di Galaxy Note 10 Lite menggunakan sambungan Bluetooth yang menjadikannya boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh. Tetapi ia tiada sensor 6-paksi yang tidak membolehkan ia digunakan untuk mengesan gerakan. Pendek kata, ia adalah S Pen yang sama dengan Galaxy Note 9.

BACA  Oppo A93: Maklumat penjualannya di Malaysia

Untuk kamera pula, peranti ini menggunakan tiga kamera belakang tetapi berbeza dengan Galaxy S10 Lite. Kamera utamanya ialah kamera 12MP F1.7 tanpa apertur pelbagai, bersama kamera telefoto 12MP F2.4 dengan zum optikal 2x, serta kamera ultra lebar 12MP F2.2. Di hadapan pula, ia ada kamera 32MP F2.2 untuk menangkap swafoto.

Seperti Galaxy S10 Lite, telefon ini turut dipasang dengan bateri besar 4,500mAh bersama sokongan pengecasan pantas 25W. Tetapi ia juga tidak lagi memiliki pengecasan wayarles serta tidak kalis air dan debu.