Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

2019-nCoV: Adakah Anda Pakai Topeng Yang Betul, Dengan Betul?

Penasihat penyakit berjangkit dari Hospital Sungai Buloh mengatakan yang rakyat Malaysia masih selamat daripada Coronavirus walaupun tidak memakai topeng muka. Hal ini kerana, sehingga hari ini, masih tiada laporan tentang jangkitan Coronavirus secara manusia-dengan-manusia dilaporkan.

Walau bagaimanapun, keadaan mungkin berubah daripada masa ke masa, bergantung pada perkembangan wabak. Namun, jika topeng muka diperlukan kelak, anda dinasihatkan untuk mendapatkan daripada jenis trilapis dan bukannya selapis.

Cari topeng pembedahan tiga lapis kalau nak pakai

Hal ini kerana, topeng muka selapis hanya menapis debu dan habuk dan bukannya cecair. Yang ingin anda tapis adalah cecair kerana virus Coronavirus ini dilapor berada di dalamnya.

Beliau juga menekankan yang cara pemakaian topeng muka perlulah betul. Cara yang betul untuk memakai topeng muka adalah dengan mengikut kontur muka.

Topeng muka N95 juga setakat ini tidak berguna kerana ia berfungsi seperti topeng muka selapis dan tidak menyaring sebarang cecair.

Topeng N95 tak tapis cecair (sumber gambar)

Walau bagaimanapun menurut satu jurnal terbitan The New England Journal of Medicine, 2019-nCoV mungkin berupaya untuk disebarkan melalui saluran manusia-dengan-manusia. Hal ini kerana seorang pesakit berusia 65 tahun yang disyaki dijangkiti, tidak pernah pergi ke pasar, tempat dipercayai 2019-nCoV berasal.

Sumber: The Star Online, Gambar Pemuka

BACA  WHO Klasifikasikan Semula COVID-19 Sebagai Pandemik