• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple mungkin tangguh pelancaran produk baru jika Koronavirus tidak berkurangan

  • OLEH Najib
  • 11:26 am
  • 03/02/2020
  • Komen
Apple mungkin tangguh pelancaran produk baru jika Koronavirus tidak berkurangan
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Ming-Chi Kuo sudah tidak asing lagi di kalangan wartawan kerana beliau sering mengeluarkan laporan ramalan berkenaan produk yang akan dilancarkan Apple di masa terdekat. Baru-baru ini, beliau telah mengeluarkan satu laporan berkenaan produk Apple yang akan dilancarkan untuk pertengahan pertama 2020.

Dalam nota kajian Kuo kepada TF International Securities, beliau menulis, “Kami meramalkan produk baru Apple untuk 1H20 termasuk iPhone 4.7-inci LCD, iPad Pro, MacBook Pro/Air, lapik pengecas wayarles kecil, Tag Ultra WideBand dan fon kepala Bluetooth berkualiti tinggi.”



Bagaimanapun, Kuo menekankan satu perkara tentang senario terburuk untuk Apple. Jika wabak Koronavirus tidak menunjukkan perkembangan positif, Apple dijangka terpaksa menangguhkan penghasilan besar-besaran produk baru ini kepada pertengahan kedua 2020.

iPhone 4.7-inci LCD

Khabar angin ini begitu kuat bertiup mengatakan ia adalah telefon yang memiliki badan seperti iPhone 8 tetapi kuasa seperti iPhone 11. Bermakna, ia memiliki skrin LCD 4.7-inci dan butang Home Touch ID, serta kuasa cip A13 Bionic. Ia dijangka akan dilancarkan pada bulan Mac dengan harga bermula dari USD399 (~RM1,639).



iPad Pro

Model baru iPad Pro ini dijangka tampil dengan tiga kamera belakang dengan sokongan pengesan 3D untuk Realiti Terimbuh (Augmented Reality, AR). Akan dilancar seawal bulan Mac.

MacBook Pro/Air

Dalam laporan Kuo, ia kurang jelas sama ada beliau merujuk kepada MacBook Pro atau MacBook Air atau kedua-duanya. Tetapi dijangka ia adalah MacBook Pro 13-inci dengan kekunci gunting seperti di Magic Keyboard, menuruti jejak MacBook Pro 16-inci yang baru.

Tag Ultra WideBand (UWB)

Tahun lepas, kod berkenaan perkakas tag UWB telah dikesan di dalam iOS 13, dengan nama AirTags. Dalam laporan Kuo, beliau percaya menggunakan iPhone 11, ia boleh mengesan tag UWB dengan lebih meluas dan tepat dari Bluetooth LE dan WiFi.

Fon Kepala berkualiti tinggi

Apple merupakan pemilik jenama Beats. Laporan Kuo tidak menjelaskan maklumat berkenaan fon kepala ini. Tahun lepas, Apple dilaporkan sedang membangunkan sebuah fon kepala atas kepala tetapi tiada perkembangan selepas itu.

Lapik pengecas wayarles kecil

Perkakas ini juga tidak dilaporkan dengan lebih teliti oleh Kuo. Tahun lepas, Apple membatalkan penghasilan lapik kuasa AirPower kerana masalah kualiti. Lapik ini boleh mengecas iPhone, Apple Watch dan AirPods serentak walau di mana sahaja ia diletakkan di atasnya.

Sumber: MacRumors

Tags: applekoronavirus
Najib

Najib

POPULAR

Apple mungkin tangguh pelancaran produk baru jika Koronavirus tidak berkurangan

Apple mungkin tangguh pelancaran produk baru jika Koronavirus tidak berkurangan

3 February 2020
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN