Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Redmi 9 dan Redmi Note 9 akan datang bulan ini?

Sejak Redmi 5 dan Redmi Note 5, Xiaomi telah meletakkan kitaran siri ini kepada setiap 6-bulan. Memandangkan Redmi 8 dan Redmi Note 8 telah dilancarkan pada pertengahan kedua tahun 2019, model yang lebih baru dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Petunjuk berkenaan ketibaan model baru Redmi ini diperkatakan oleh Naib Presiden Xiaomi Global, Manu Kumar Jain. Beliau tidak menyatakan nama Redmi 9 dengan jelas, tetapi menyatakan Redmi akan datang dengan lebih perkasa tahun ini dengan kuasa lebih tinggi, pemproses lebih berkuasa dan kamera lebih baik untuk pengguna.

Dalam petunjuk ini juga, Manu memuat naik sebuah video tetapi ia tidak kelihatan memberi sebarang maklumat. Untuk rujukan, Redmi 7 dan Redmi Note 7 dilancar di China pada Januari 2019, diikuti dengan pelancaran di Malaysia pada bulan Mac 2019.

Pengumuman dari Manu ini memberi petunjuk bahawa siri Redmi yang baru akan dilancarkan di India terlebih dahulu, berbanding China. Tetapi sejarah menunjukkan, model Redmi dari India akan ada sedikit perbezaan dengan model yang dilancarkan di Malaysia. Sama ada jenis pemproses, ataupun spesifikasi kamera.

Redmi Note 8 yang dilancarkan di Malaysia tahun lepas, datang dengan kuasa Snapdragon 665 tetapi Redmi Note 8 Pro menggunakan cip Mediatek Helio G90T. Redmi 8 pula diperkasa cip Snapdragon 439.

Apakah agaknya kejutan yang akan dibawakan Xiaomi untuk siri Redmi kali ini? Lebih penting lagi, adakah Xiaomi akan mengekalkan harganya atau menjadi lebih murah?

BACA  Gokart Lamborghini telah dibuka tempahannya untuk pasaran Malaysia

Sumber: Android Authority