• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

AirAsia Kongsi Cara Mereka Depani Wabak Coronavirus Dalam Operasi Mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:35 pm
  • 07/02/2020
  • Komen
Sistem tempahan AirAsia ditutup hujung minggu untuk kerja naik taraf
Share on FacebookShare on Twitter

Setakat hari ini, 14 kes telah disahkan untuk wabak Coronavirus di Malaysia. Walaupun cuma 2 kes sahaja melibatkan warga tempatan, kerisauan tentang merebaknya wabak ini ada asasnya kerana angka global didapati terus meningkat hari ke hari. Sudah tentu syarikat penerbangan adalah saluran paling mudah untuknya tersebar.

Selepas kami laporkan bagaimana pesawat MAS menapis udara yang dihidu penumpang mereka semasa terbang, AirAsia turut berkongsi Prosedur Operasi Piawai (SOP) mereka tentang bagaimana mereka meminimumkan risiko penyebaran agen biologikal.



MAS Jamin Pesawat Mereka “Kalis” Coronavirus

Secara ringkas, SOP yang mereka gunakan adalah berlandaskan Manual Penyelenggaraan Pesawat Airbus (AMM). Selain mengambil masa sehingga 2 jam lamanya untuk sudahkan satu kitaran proses, ia juga dilakukan setiap hari sekurang-kurangnya sehari.

Enam proses yang terlibat adalah seperti:



  • Pintu kabin dan kargo dibuka
  • Alat kelengkapan pesawat termasuklah kerusi penumpang akan dinyahkuman
  • Penyembur digunakan untuk menyebarkan bahan nyahkuman
  • Setiap permukaan akan dibersih dan dikeringkan
  • Jika diperlukan, pesawat akan dianginkan
  • Sebarang sisa klinikal akan dikendalikan mengikut prosedur pembuangan sisa berbahaya

Itu antara langkah pembendungan yang diambil oleh AirAsia. Di pihak penumpang, mereka tetap masih perlu mengamalkan amalan kebersihan tangan yang baik.

Tags: 2019-ncovAirAsiaCoronaviruskoronavirus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sistem tempahan AirAsia ditutup hujung minggu untuk kerja naik taraf

AirAsia Kongsi Cara Mereka Depani Wabak Coronavirus Dalam Operasi Mereka

7 February 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN