Xiaomi dah gila: Redmi 8 dan Note 8 turun harga, Beli Mi Note 10 dapat dua telefon

Xiaomi Malaysia memulakan bulan Februari dengan promosi #MiDahGila. Dalam promosi ini, orang ramai boleh mendapatkan dua telefon pintar apabila membeli Mi Note 10. Malah, harga untuk Redmi 8, Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro diturunkan secara kekal.

Promosi ini bermula dari 1 Februari 2020 dan boleh didapati di semua Mi Store rasmi di seluruh Malaysia.

Keluarga Redmi Note 8, Redmi Note 8 Pro dan Redmi 8 telah dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2019. Redmi Note 8 Pro menampilkan kuasa Mediatek Helio G90T, kamera 64MP, bateri 4,500mAh dan pengecas pantas di dalam kotak. Redmi Note 8 pula dikuasakan oleh cip Snapdragon 665, kamera 48MP dan bateri 4,000mAh.

Redmi 8 adalah telefon kelas permulaan tetapi datang dengan banyak fungsi kelas pertengahan. Ia memiliki kuasa Snapdragon 439, bateri besar 5,000mAh serta pengecasan pantas melalui USB-C. Harga baru untuk ketiga-tiga model ini adalah seperti berikut:

  • Redmi Note 8 Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,199 RM999
  • Redmi Note 8 Pro (RAM 6GB + Storan 64GB) – RM1,099 RM899
  • Redmi Note 8 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM899 RM799
  • Redmi Note 8 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM799 RM699
  • Redmi 8 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM599 RM549

Promosi untuk Mi Note 10 juga sangat menarik. Ia adalah telefon pertama dari Xiaomi dengan 5 kamera belakang bersama kamera utama 108MP, bateri besar 5,260mAh dan pengecasan pantas 30W melalui USB-C. Ia dikuasakan cip Snapdragon 730G dan memiliki skrin AMOLED 6.47-inci bersama takuk kecil di atas.

Terdapat dua model di Mi Note 10. Model pertama ialah Mi Note 10 yang datang bersama RAM 6GB dan storan 128GB. Kamera utamanya memiliki lensa 7P atau 7 elemen optikal. Model kedua pula ialah Mi Note 10 Pro, disertakan RAM 8GB dan storan 256GB. Kamera utamanya pula menggunakan lensa 8P.

BACA  Astro Broadband kini menawarkan internet tanpa had berkelajuan 300mbps, 500Mbps dan 800Mbps

Promosi beli 1 telefon percuma 1 telefon untuk Mi Note 10 adalah seperti berikut:

  • Mi Note 10 (RAM 6GB + storan 128GB) – RM2,099 percuma Redmi 7A (bernilai RM399)
  • Mi Note 10 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RM2,499 percuma Mi A2 Lite (bernilai RM599)

Dapatkan semua promosi dari Xiaomi Malaysia ini sekarang di semua Mi Store rasmi di seluruh Malaysia.