Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Nantikan kemunculan Oppo Find X2 Di MWC2020

Oppo sudahpun mula menghantar jemputan untuk menghadiri majlis pelancaran produk terbaharu mereka di Barcelona dalam bulan Februari ini. Produk yang akan diumumkan mereka bersempena temasya tersebut ialah Oppo Find X2.

Menurut maklumat yang terkandung dalam jemputan, majlis pelancaran yang dimaksudkan akan berlangsung di CCIB Bercelona pada 22 Februari 2020, 2 petang waktu tempatan. Ia adalah dua hari lebih awal daripada MWC 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Februari 2020.

Anda sepatutnya teruja dengan pelancaran ini kerana ini adalah kali pertama OPPO melancarkan sebuah produk lengkap di MWC2020. Sebelum ini mereka cuma mengumumkan teknologi hasilan mereka seperti VOOC dan pengezuman 5 kali optikal.

Find X2 dispekulasikan tiba dalam dua perisa kerana ada dua varian dikesan dalam pengkalan data SIRIM. Berkemungkinan besar adalah versi 4G dan 5G. Daripada segi spesifikasi, ia dikatakan diperkasa Snapdragon 865, paparan AMOLED 120Hz QHD+ bersama-sama pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W.

Di bahagian pengimejan, ia akan ada kamera belakang 48MP yang menggunakan sensor agak besar, sebesar 1/1.3”.

BACA  Google perketat syarat guna Android untuk telefon RAM bawah 2GB