• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Penumpang AirAsia ke China, Hong Kong dan Macau boleh tukar penerbangan atau terima pulangan wang sepenuhnya

  • OLEH Najib
  • 4:06 pm
  • 07/02/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia hari ini mengumumkan untuk meluaskan lagi pilihan untuk pembatalan dan pemulangan wang kepada penumpang dari/ke tanah besar China, Hong Kong dan Macau sehingga 1 Mac 2020. Ia adalah tindakan susulan selepas menawarkan perkara yang sama kepada penerbangan dari/ke Wuhan, China sebelum ini.

Buat masa ini, AirAsia tidak membatalkan penerbangan ke China, Hong Kong dan Macau sepenuhnya. Tetapi mereka menurut arahan kerajaan tempatan, agensi kesihatan tempatan dan antarabangsa, serta pihak berkuasa penerbangan awam.



Untuk itu, AirAsia kini memberi tiga pilihan kepada penumpang untuk mengubah masa penerbangan atau mengubah destinasi penerbangan, atau membatalkan penerbangan untuk mendapatkan pulangan wang sepenuhnya. Maklumat lanjut pilihan tersebut adalah seperti di bawah:

1. Pertukaran masa penerbangan

Penumpang boleh memilih untuk menukar masa penerbangan ke tarikh baru untuk destinasi yang sama, dalam masa 30 hari selepas tarikh penerbangan. Bagaimanapun, pilihan ini bergantung kepada kekosongan kerusi. Pilihan ini diberikan kepada penumpang yang dibatalkan penerbangan.



2. Kredit ke akaun BIG

Penumpang boleh mengekalkan nilai tambang penerbangan ke dalam akaun AirAsia BIG untuk penerbangan bersama AirAsia di masa hadapan. Kredit di dalam akaun BIG ini perlu ditebus dalam masa 90 hari dari tarikh penerbangan di mana jadual penerbangan telah tersedia. Pilihan ini diberikan kepada semua penerbangan dari/ke China, Hong Kong dan Macau sehingga 1 Mac 2020, di mana tiket dibeli sebelum 28 Januari 2020.

3. Pulangan wang sepenuhnya

Penumpang turut boleh memohon pulangan wang sepenuhnya kepada cara pembayaran asal pembelian tiket. Pilihan ini diberikan kepada semua penerbangan dari/ke China, Hong Kong dan Macau sehingga 1 Mac 2020, di mana tiket dibeli sebelum 28 Januari 2020.

Untuk memohon pulang wang sepenuhnya, ia boleh dilakukan menerusi AVA di laman web support.airasia.com. Dari menu utama, pilih “Refund” kemudian tekan pada “New Refund Request” dan akhir sekali pilih “AirAsia flights to/from Wuhan” bagi penerbangan dari/ke Wuhan, ATAU pilih “China Voluntary Refund” bagi penerbangan dari/ke China, Hong Kong dan Macau. Ikuti arahan AVA untuk langkah selanjutnya.

Semua penumpang disarankan untuk mengemaskini butiran peribadi dan perhubungan mereka di ruangan “My Bookings” di dalam laman web airasia.com bagi memastikan mereka sentiasa menerima notifikasi dari semasa ke semasa. Penumpang juga boleh menyemask status penerbangan mereka di ruangan “Flight Status” di laman web airasia.com dan aplikasi mudahalih.

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsiakoronavirus
Najib

Najib

POPULAR

Penumpang AirAsia ke China, Hong Kong dan Macau boleh tukar penerbangan atau terima pulangan wang sepenuhnya

7 February 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN