• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor akan lancar telefon pintar baru yang boleh menggunakan Google

  • OLEH Najib
  • 11:46 am
  • 10/02/2020
  • Komen
Honor akan lancar telefon pintar baru yang boleh menggunakan Google
Share on FacebookShare on Twitter

Honor 9X telah dilancarkan di Malaysia tahun lepas. Walaupun ia dilancarkan selepas Amerika menyekat perdagangan Huawei, Honor 9X masih menerima akses ke semua perkhidmatan Google. Ini kerana ia dikatakan mengguna perkakas lama yang telah diiktiraf di dalam satu pakej baru.

Terbaru, Presiden Honor, George Zhao telah memuat naik gambar di media sosial beliau akan kedatangan sebuah telefon pintar baru. Telefon tersebut ialah Honor 9X Lite, dengan dua kamera belakang dan kamera utama 48MP.



Kelihatan juga pengimbas capjari di belakang telefon ini, menandakan ia tidak akan menggunakan skrin OLED. Satu tradisi yang masih dikekalkan oleh Honor dalam telefon mereka.

Apa yang menariknya, Honor 9X Lite dikatakan telah diiktiraf untuk menggunakan Google Playstore. Bermakna, ia boleh menggunakan semua perkhidmatan Google Mobile Services seperti YouTube, Maps, Drive dan banyak lagi.



Bagaimanakah Honor melakukannya sedangkan Amerika masih belum menarik sekatan perdagangan terhadap Huawei? Ia dapat dilakukan sekiranya Honor menggunakan taktik yang sama dengan Honor 9X. Iaitu menggunakan perkakas lama dengan sedikit perubahan yang masih boleh diiktiraf Google Playstore.

Salah satu darinya ialah menggunakan cip Kirin 710F, bukan Kirin 810. Seperti yang terjadi di Honor 9X global, menggunakan cip Kirin 710F. Berbeza dengan Honor 9X di China yang dikuasakan cip Kirin 810 yang lebih berkuasa.

Selain itu, Honor juga telah menyatakan mahu melancarkan Honor 9X Pro di pasaran antarabangsa pada suku pertama tahun ini. Honor 9X Pro akan dikuasakan cip Kirin 810 tetapi tiada GMS. Ia akan menggunakan perkhidmatan Huawei Mobile Services padanya.

Untuk perbandingan, Honor 9X telah dilancar di Malaysia pada November tahun lepas dengan harga RM999. Ia dikuasakan cip Kirin 710F bersama RAM 6GB dan storan dalaman seluas 128GB.

Sumber: George Zhao, Huawei Central

Tags: honorHonor 9X Lite
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Honor akan lancar telefon pintar baru yang boleh menggunakan Google

Honor akan lancar telefon pintar baru yang boleh menggunakan Google

10 February 2020
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN