• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 7i dengan empat kamera belakang boleh mula ditempah minggu ini

  • OLEH Najib
  • 6:50 pm
  • 10/02/2020
  • Komen
Huawei Nova 7i dengan empat kamera belakang boleh mula ditempah minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lepas, Huawei Malaysia telah memberi petunjuk kedatangan Nova 7i, telefon pertama Huawei ke Malaysia untuk tahun 2020. Hari ini, mereka mengumumkan tarikh tempahan awal untuk Nova 7i yang datang bersama hadiah percuma.

Dari 14 hingga 21 Februari 2020, orang ramai boleh membuat tempahan awal Nova 7i di stor fizikal dan online Huawei, seterusnya menerima hadiah percuma berupa Huawei Band 4 bernilai RM139. Huawei Nova 7i akan dijual di Malaysia pada harga RM1,099.



Huawei Nova 7i menuruti jejak siri Mate 30 dengan menggunakan Huawei Mobile Services. Bermakna, tiada Google Playstore dan tiada aplikasi Google seperti YouTube, Maps, Drive, Photo dan sebagainya. Semua aplikasi disediakan menerusi stor aplikasi Huawei AppGallery.

Cip Kirin 810 tampil buat pertama kali di Malaysia menerusi Nova 7i. Ia digandingkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB, serta sedia menerima kad storan NM sehingga 256GB. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,200mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 40W menerusi USB-C.



Skrinnya berukuran 6.4-inci dari jenis LCD dengan resolusi HD Penuh. Skrin ini memiliki lubang di atas yang memuatkan kamera hadapan 16MP. Di belakang pula, ia dipasang empat kamera menggandingkan kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP.

Pengimbas capjarinya terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa. Ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm yang terletak di bawah.

Huawei Nova 7i tampil dalam tiga warna bergaya iaitu hitam, hijau dan merah jambu. Jika anda berminat, jangan lupa untuk membuat tempahan awal dari 14 – 21 Februari untuk menerima Huawei Band 4 percuma.

Huawei Malaysia turut mengadakan pelbagai promosi menarik bagi meraikan hari berkasih sayang bulan ini. Layari laman Jualan Hari Valentine Huawei untuk maklumat lanjut.

Tags: Huaweihuawei nova 7i
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Nova 7i dengan empat kamera belakang boleh mula ditempah minggu ini

Huawei Nova 7i dengan empat kamera belakang boleh mula ditempah minggu ini

10 February 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN