Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Isi kotak Galaxy S20 terdedah sehari sebelum majlis pelancaran Galaxy Unpacked

Tidak sampai sehari lagi, Samsung akan melancarkan produk terbaru mereka di pentas acara Galaxy Unpacked di San Francisco, Amerika Syarikat. Tetapi masa yang pendek ini digunakan sepenuhnya oleh pembocor maklumat untuk menyebarkan semua perkara yang masih mereka ada, bagi mendahului Samsung.

Roland Quandt, salah seorang pembocor berita popular, telah berkongsi gambar rasmi kotak untuk Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra. Dari gambar ini, ketiga-tiga telefon dilihat menerima aksesori yang sama.

Dari kiri: Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra

Di dalam kotak ini, terdapat kabel USB-C ke USB-C, kepala pengecas, fon kepala AKG USB-C bersama 2 pasang tip tambahan, serta pin mengeluarkan dulang kad. Boleh dilihat juga perbezaan saiz antara ketiga-tiga model Galaxy S20.

Tidak terhad di sini, seorang lagi pembocor berita turut berkongsi maklumat yang beliau ada. Evan Blass, menerusi twitternya memuat naik gambar poster promosi dan keratan dari laman web mengenai keluarga Galaxy S20.

Evan berkongsi gambar yang menunjukkan spesifikasi kamera untuk Galaxy S20 Ultra dan Galaxy S20+, serta perbandingan kamera dengan model lama iaitu Galaxy S10, S9 dan S8. Galaxy S20 Ultra memiliki kamera utama 108MP dengan Space Zoom 100x bersama kamera telefoto 48MP, manakala Galaxy S20+ menggunakan kamera utama 12MP bersama kamera telefoto 64MP.

Evan juga memuat naik gambar aksesori untuk Galaxy S20. Selain casing, terdapat juga jam pintar Galaxy Watch dan fon kepala Galaxy Buds+.

Selain gambar, Evan turut memuat naik video yang dilihat seperti iklan untuk Galaxy S20.

Untuk spesifikasi penuh, tiada berita yang lebih baru dari yang dikongsikan oleh Ishan Agarwal beberapa minggu lalu. Antaranya ialah, keluarga Galaxy S20 akan dikuasakan pemproses Exynos 990, storan asas 128GB dengan tambahan mikroSD sehingga 1TB, speaker stereo serta skrin Dynamic AMOLED Infinity-O 120Hz.

BACA  Hadiah percuma untuk pembeli Galaxy S20 diteruskan sehingga 31 Mac

Apa lagi perkara yang ada untuk Samsung umumkan esok pagi? Yang tinggal hanyalah harga dan tarikh jualan. Lebih penting lagi, apa hadiah percuma diberikan untuk pembeli terawal. Nantikan laporan kami tidak lama lagi.

Sumber: Roland Quandt, Evan Blass