• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go eWallet Bakal Benar Perpindahan Wang Merentasi eWallet Sebelum Julai 2020

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:13 am
  • 11/02/2020
  • Komen
Akhirnya, Ada Kesinambungan Antara Kad Fizikal & e-Wallet Touch ‘n Go
Share on FacebookShare on Twitter

Ada puluhan penyedia perkhidmatan e-dompet di Malaysia sekarang. Tapi, belum ada satupun yang membenarkan perpindahan dana merentasi eWallet. Yang ada cumalah perpindahan antara pengguna dalam ekosistem e-dompet yang sama. Tapi semua itu akan berubah tak lama lagi apabila Touch ‘n Go mengaktifkan fungsi DuitNow QR sekitar Julai 2020.

Apabila fungsi itu diaktifkan, anda boleh hantar duit daripada Touch ‘n Go eWallet ke servis berjenama lain seperti GrabPay, BigPay, malahan ke akaun bank anda sekalipun. Ia adalah satu ciri yang sangat memudahkan. Salah satu manfaat adalah, anda boleh pindahkan tunai ke akaun bank dan keluarkannya jika perlu.



DuitNow QR akan menyatukan semua sistem pembayaran bank dan eWallet

Ciri ini dimungkinkan dengan DuitNow QR yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM). Ia bertindak sebagai piawaian sepunya yang digunakan semua servis-servis yang menerima lesen pengoperasian wang digital daripada BNM.

Untuk penjual, mereka tak perlu lagi mempamerkan puluhan kod QR yang mewakili setiap e-dompet yang disokong mereka bagi menerima bayaran. Sebaliknya, hanya satu kod QR diperlukan. Apabila pembayaran dilakukan sistem DuitNow QR akan menyalurkan bayaran ke e-dompet yang berkenaan, walaupun pihak pembayar melakukan transaksi menggunakan e-dompet yang tak sama dengan penjual.



Touch ‘n Go eWallet bukanlah satu-satunya yang akan mengaktifkan DuitNow QR. Akan datang, sebanyak 38 entiti akan mengaktifkan DuitNow QR untuk menyertai 9 yang sedia ada.

Senarai yang akan serta DuitNow QR tak lama lagi
Tags: duitnowDuitNow QRTouch n Go
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER