Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Naik Taraf Saujana Untuk Keluarga Samsung Galaxy S20 Diumumkan

Prekuel kepada keluarga S10 selamat dilancarkan dalam satu majlis gilang-gemilang di San Francisco, California. Untuk edisi 2020, mereka masih lancarkan tiga varian, tapi menggugurkan varian e sebagai varian permulaan sebaliknya mereka hadir dengan:

  • Galaxy S20
  • Galaxy S20+
  • Galaxy S20 Ultra

Galaxy S20 Ultra

Ini adalah varian paling tinggi dalam keluarga S20 dan yang pertama menggunakan akhiran “Ultra” pada namanya untuk tunjukkan yang dialah paling hebat. Ya, memang yang paling hebat.

Ini adalah telefon pertama dunia yang dibekalkan RAM sehingga 16GB LPDDR5. RAM tersebut digandingkan bersama pemproses 7nm Exynos 990 Okta-teras dengan clockspeed sehingga 2.8Ghz. Untuk storan ada tiga perisa disediakan, sama ada 128GB, 256GB ataupun 512GB.

Di bahagian muka, ia menggunakan panel paparan 6.9” beresolusi QHD+. Paparan ini lebih besar berbanding 6.8” pada Galaxy Note 10+. Paparan Dynamic AMOLED pada telefon ini menyokong HDR10+ dan ada refresh rate setinggi 120Hz, pertama seumpamanya dalam Galaxy S.

Bahagian pengimejan telefon turut menerima komponen berspesifikasi tinggi. Paling mencuri tumpuan adalah kamera utama 108MP yang dimilikinya. Ia tak lain tak bukan ialah Sensor ISOCELL Bright HMX yang diumumkan mereka pertengahan Disember 2019 yang lalu.

Menggunakan teknologi nona-binning, sensor 108MP tadi boleh bertindak seperti sensor 12MP dalam keadaan pencahayaan terhad, dengan menggabungkan 9 piksel berhampiran menjadi 1. Jadi, prestasi dalam keadaan gelap, menurut Samsung, nyata ditambah baik. Menemani kamera 108MP ialah dua lagi kamera yang masing-masing ada sensor 12MP (ultralebar) dan 40MP (telefoto).

Antara ciri yang boleh anda temui adalah keupayaan mengezum secara hibrid optik sehingga 10× dan Super Resolution Zoom sehingga 100×.

Galaxy S20 Ultra adalah Galaxy S yang ada bateri terbesar setakat ini. Berbekalkan bateri 5,000mAh ia boleh dicas pantas, sama ada menggunakan kabel pengecas ataupun secara wayarles melalui Fast Wireless Charging 2.0.

Galaxy S20 & S20+

Galaxy S20 dan S20+ adalah saudara yang berkongsi banyak ciri sepunya. Antara yang membezakan dua telefon ini adalah seperti saiz paparan (6.7” vs 6.2”) tapi mereka tetap menerima panel QHD+ Dynamic AMOLED yang menyokong HDR10+ serta refresh rate 120Hz. Kemudian, S20+ ada bateri sedikit besar jadi hayat bateri untuknya tentu lebih panjang.

BACA  Aspirasi C-Protect, perlindungan insuran COVID-19 hanya RM1/bulan untuk pelanggan Celcom

Di bahagian kamera, mereka menggunakan komponen yang sama kecuali S20+ ada satu kamera tambahan yang dipanggil Depth VIsion yang bertindak seperti kamera ToF untuk menentukan kedalaman medan semasa gambar potret diambil.

Atas papan utama, anda boleh temui Exynos 990 Okta-teras dengan RAM sekurang-kurangnya 8GB. Untuk S20+, ia ada satu varian tambahan iaitu RAM 12GB dan storan 512GB. Tapi, semua model termasuklah yang Ultra, boleh menerima kad mikro-SD sehingga 1TB.

Harga Jualan Keluarga Galaxy S20

Keluarga Galaxy S20 akan dijual di Amerika Syarikat pada harga seperti berikut:

  • Galaxy S20 – bermula USD 999 (RM 4,136)
  • Galaxy S20+ – bermula USD 1,199 (RM 4,959)
  • Galaxy S20 Ultra – bermula USD 1,399 (RM 5,785)

Untuk perbandingan, keluarga Galaxy S10 diumumkan pada harga seperti berikut:

  • Galaxy S10e – bermula USD 599 (RM 2,478)
  • Galaxy S10 – bermula USD 749 (RM 3,099)
  • Galaxy S10+ – bermula USD 849 (RM 3,513)