Tambah nilai Unifi Mobile #BEBAS sekarang untuk memenangi Vivo V17

Pengguna prabayar #BEBAS Unifi Mobile kini berpeluang untuk memenangi telefon pintar baru dari Vivo, hanya dengan membuat tambah nilai sebanyak RM20 sahaja. Sebanyak 8 unit telefon pintar Vivo V17 disediakan sebagai hadiah untuk pemenang yang bertuah.

Kempen ini berjalan dari 22 Januari sehingga 29 Februari 2020. Apa yang diperlukan ialah, aktifkan pek prabayar #BEBAS Unifi Mobile dan tambah nilai berjumlah RM20 atau lebih dalam tempoh kempen berjalan. Pengguna sedia ada juga layak untuk menyertai kempen ini.

Prabayar #BEBAS dari Unifi Mobile menawarkan kredit tak mati, di mana kredit pengguna tidak akan tamat dan sentiasa aktif untuk digunakan bila-bila masa. Pengguna #BEBAS boleh memilih untuk melanggan pelan internet tanpa had ataupun pelan kuota internet tanpa had masa.

Maklumat lanjut mengenai prabayar #BEBAS Unifi Mobile boleh dirujuk di laman web Unifi.

Vivo V17 pula ialah telefon pintar yang baru dilancarkan tahun lepas berharga RM1,699. Ia dikuasakan cip Snapdragon 675 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Terdapat empat kamera di belakang iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, serta kamera bokeh dan makro 2MP.

Skrin V17 berukuran 6.44-inci dari jenis Super AMOLED dengan pengimbas capjari di skrin, serta berlubang di atas yang memuatkan kamera hadapan 32MP. Baterinya pula sebesar 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C.

BACA  Samsung Bakal Perkenal Pesaing Kepada AirDrop Dan Namanya Quick Share